Saturday, May 14, 2016

Assalamualaikum sahabat semua...

Assalamualaikum...

 Rindunya pada sahabat alam maya semua. Alhamdulillah... semoga tahun 2016 ini lebih bermakna dan berharga kepada kita semua. Semoga kita semua sentiasa di bawah lindungan dan kasih sayang serta rahmatNya selalu. Sama-sama kita terus memanjatkan kesyukuran kepada Yang Maha Esa di atas segala limpah kurniaanNya. Walau siapapun kita, di mana pun kita, sentiasa mengingati bahawa ada yang lebih Berkuasa dan Maha Hebat dari kita, insan yang banyak kekurangan.

   Ehhh.... panjang pula mukaddimah kitakan.. mentang-mentangla dah lama tak mengisi kekosongan blog ni... hihihihi...

   Tahun 2016 ni sekali lagi Miza dan suami diberi rezeki yang sangat bermakna buat kami sekeluarga. Kehadiran cahaya mata ke-3 kami, Iskandar Bin Amir (jeng...jeng...) terus memberi sinar bahagia kepada kami. Alhamdulillah, syukur Ya Allah... walaupun Baby Is lahir pada tanggal 30 September 2015 (tahun lepas) tapi disebabkan tak sempat nak mengarang di page ini, jadinya Miza buatla sesi pengenalannya pada tahun ini. (Sambil ambil mood untuk terus menulis...) Banyak cerita yang nak Miza titipkan sebagai kenangan Miza untuk anak-anak suatu hari nanti ataupun berkongsi sesuatu yang berguna untuk sahabat alam maya juga.

   Okay, berbalik pada cerita Baby Is ni... Di awal kehamilan, ada la juga morning sickness tu, nak kata teruk tak juga... (kakak Balqis - anak sulung lagi teruk) tapi boleh tahan la juga... Alhamdulillah tak lama macam kakaknya, kali ni selama 1st trimester jer. (kalau boleh tak nak pun alahan ni, tapi inilah yang di katakan besarnya pengorbanan ibu...)

     Due date masa tu pada 4hb Oktober 2015, tarikh tu dekat dengan tarikh raya haji. Jadi, kami suami isteri sepakat tak nak balik kampung. Sambut Raya Haji di perantauan. Sedih huhuhu... Paling best, pagi raya orang makan ketupat, rendang, nasi himpit. Kami lak makan megi goreng lepas balik sembahyang raya. So, tak nak sedih-sedih and stress kami decide untuk pergi holiday bawak anak-anak jalan-jalan. tak jauh pun pegi Morib untuk 2 malam. Itulah cerita raya haji kami.

     Berbalik pada story kehadiran Baby Is tadi, maka tepat jam 9.36malam 30hb September 2015, kua..kua... lahirla Baby Is ke dunia ini. Kali ni Miza bersalin secara Ceaserean. Memang tak pernah terlintas pun di hati nak lahirkan baby dengan cara ini sebab yang sulung dan kedua bersalin normal. Tapi kuasa Allah kita memang tak dapat nak menduga. Alhamdulillah, kedua kami selamat dan sihat.

  Rasanya sampai sini dulu Miza menulis untuk fasa pengenalan si kecik kami ini. Part lain pula Miza sharekan pengalaman bersalin secara ceaser. 









1 comment:

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...