Friday, May 31, 2013

Good Night Dearest...



Love, 
www.mizahadi.com
013.938.8484
mizahadi@gmail.com

My Little Caliph





Alhamdulillah... kakak dah boleh membaca iqra'. And now move on a step onwards.... Sekarang ni tengah gigih belajar solat...Kami akan cuba pastikan dia pandai solat sebelum masuk sekolah. In Shaa Allah....


So far, Miza belikan buku ni untuk rujukan dia... dia seronok kerana karektor yang ditonjolkan berwarna-warni dan tulisan yang besar senang untuk dia cepat menghafal dan mengingatinya.



Buku ini ditulis oleh Ahmad Hamka Bin Ab. Rashid, B.A, University ofJordan dan diterbitkan oleh Al-Mihrab Publications. Harga RM14.90. Sangat sesuai bagi kanak-kanak untuk permulaan pembelajaran melakukan ibadat solat dan lain-lain.  



Bukan untuk anak-anak je tau, Miza sendiri pun seronok bila tengok buku ni... 
so COLORFU


Walauapapun, Mama doakan semoga anak-anak Mama dan Papa membesar sempurna dan menjadi manusia berguna, berbakti kepada orang tua, agama, bangsa dan negara. Walaupun dalam tempoh mengandungkan kalian, melahirkan dan membesarkan pelbagai rasa yang lami lalui, gelak tawa dan airmata, sedikit pun kami tidak sesali kerana kalian adalah harta kami yang paling berharga. Selagi hayat dikandung badan, mama dan papa akan pastikan yang TERBAIK untuk kalian, anak-anak - NYAWA kami. Semoga Allah melindungi kalian.



Love,
www.mizahadi.com
013.938.8484
mizahadi@gmail.com

Wednesday, May 22, 2013

Kuala Terengganu atau Cameron Highlands???


Assalamualaikum... 

Sambil-sambil dok berbisnes sempat juga nak update blog. Story tentang short trip to Cameron Highlands, kami tak plan pun nak ke sana...last minit decide dari kampung masa nak balik ke Kuala Lumpur. Alang-alang dah singgah tu, kami stay 1 malam kat sana. Kami pilih Country Lodge Resort Hotel, Brinchang. Kami ambil Deluxe Room harga untuk hari biasa RM 118 untuk 1 malam, berbanding kalau hari minggu
 RM 158/1 malam. Hotel dia ok, quite cozy dan bersih. Sangat selesa, lagipun kami hanya stay 1 malam sahaja kat sana.


Sampai sana dalam jam 4 petang, solat, rehat dan makan bekalan yang mak kirimkan. Terima kasih Mak! Mak saya memang suka bekalkan makanan kalau kami nak balik ke Kuala Lumpur. Itulah kasih mak kan, sanggup bersusah payah untuk anak-anak. Sayang Mak selamanya...Abah pun saya sayang juga... 

Gambar kat atas tu, adik Miza yang ke-6, cuti semester so lepak KL sambil-sambil jaga anak-anak buah... Comel kan adik saya...hehehehe...dah macam comelkan kak Ton... Kuat sungguh penangan kak Ton comel...

Malam tu kami keluar makan, tak ada yang menarik sangat sebab pasar malam pun tak ada. Ha... sebab kami singgah sana hari Selasa. Pasar Malam Brinchang hanya ada pada hari Jumaat dan Sabtu sahaja. So, kami balik hotel... zzzzzzz



The next day, sebelum check-out kami decide nak breakfast @ Ladang Teh Sungei Palas. Kami tak pernah pergi ke sini sebelum ni, biasa kalau ke ladang teh, kami ke Ladang Teh Bharat. 




Cantik tempat nya, kat sini la scene Lisa dan Aaron berjumpa selepas Lisa balik dari oversea. Ala... dari filem Ombak Rindu tu...


My sister, Nor or lebih glamer dikalangan anak-anak buah sebagai Uda.


 Dah feeling2 Haris dengan Izah giteww.... 






Our breakfast....Marbeles hot choclate....




Inilah hasilnya...Miza ni memang suka sayur, so kalau pergi sana memang sawan sayur la kejap...Rasa semua sayur nak beli... Yang lain-lain tu macam biasa la, strawberi, teh dan jagung...


Jam 12 tghr check out then terus balik KL... Seronok juga short trip ni... Free and easy kan... tak rushing... So, next time kalau penat boleh singgah lagi sambil-sambil rehatkan badan... Holiday ni sebenarnya bagus sebagai terapi diri...Dah penat bekerja, sekali sekala menghirup udara segar...nikmat sangat... Menikmati keindahan alam ciptaan Tuhan...


Love,
www.mizahadi.com
013.938.8484
mizahadi@gmail.com

Thursday, May 16, 2013

Marine Essence Beauty Liquid

Assalamualaikum...
Memang tak menang tangan meng'reply' mesej customer yang dok bertanyakan Sabun Bar Marine Essence tu. Memang MELETOP habis SABUN KETIAK atau SABUN HIJAU ni. Semua stokis di seluruh Malaysia sold out. 

Marine Essence

TUNGGU!!!! JANGAN PANIK!!!
*
*
*
Miza perkenalkan versi baru
SABUN KETIAK a.k.a SABUN HIJAU. Marine Essence Bamboo Salt Liquid. Fungsi sama dengan Marine Essence Beauty Bar tetapi diperbaharui dalam bentuk cecair. Alhamdulillah permintaan sangat menggalakkan, pagi restok petang habis daa. 


Sabun Kecantikan yang kaya dengan Mineral dan Anti-Oksidan, Anti- Alergi, Anti-Bakteria, Anti-Kulat, Anti-Keradangan, Anti-Penuaan, menyembuh kulit bermasalah dengan berkesan, mencerahkan pigmentasi kulit dan menghapuskan radikal bebas yang merbahaya. Ia juga tidak mengeringkan kulit malah merupakan pelembap yang terbaik

Sabun ni mencerahkan bahagian badan yang gelap seperti bawah ketiak, bawah lengan, leher berdaki, celah paha, bahagian pelipat badan, lutut dan siku.



Sabun ini juga sesuai untuk semua jenis kulit termasuk untuk kanak-kanak dan bayi. Malah bagi kanak-kanak yang mengalami penyakit eczema, memang sesuai sangat. Disamping itu juga, ia juga berfungsi mengurangkan jeragat,merawat kudis pada badan, merawat ruam dan gatal-gatal pada badan, menghilangkan perut muka dan badan, sesuai juga untuk kulit sensitive, mengurangkan bau badan dan mengurangkan jerawat.


Cecair mandian yang menggabungkan teknologi inovatif dengan ramuan semulajadi dan botani GARAM BULUH dan PHENO-SFE untuk membersih, menyihatkan serta melembapkan kulit dalam setiap cucian.

Ramuan eksklusif serta bermanfaat untuk kulit lembut, licin dan berseri. Ditambah lagi dengan haruman Aromaterapi  yang menyegarkan


GARAM BULUH
  • Sumber kaya dengan mineral berkhasiat untuk menyihatkan dan melindungi kulit.
  • Anti-oksidan
  • Anti-bakteria
  • Anti-alergi
  • Anti-keradangan
www.mizahadi.com


PHENO-SFE (PU ERH TEA LEAF EXTRACT)
  • Antioksidan
  • Sifat pemulihan untuk menghapuskan radikal bebas yang berbahaya daripada merosakkan sel-sel kulit
  • Anti-penuaan
  • Membaiki dan memperbaharui sel-sel kulit agar sihat dan muda untuk masa yang lebih lama
www.mizahadi.com


LIDAH BUAYA
  • Melembapkan, menyembuhkan dan merangsangkan pembaharuan sel-sel pada kulit yang bermasalah
www.mizahadi.com


BIJI MINYAK JOJOBA
  • Pelembap kulit semulajadi.
www.mizahadi.com


EKSTRAK DEDAUN MULBERRY
  • Mencerahkan kulit dan pigmentasi kulit.

www.mizahadi.com


EKSTRAK LIQUORICE
  • Warna kulit lebih sekata
  • Kurangkan warna bintik-bintik hitam
  • Mencerahkan pigmentasi kulit
www.mizahadi.com


Sooo.... jangan tunggu lagi, cepat-cepat pm/whatsapp Miza untuk dapatkan Marine Essence Bamboo Salt Liquid ini sementara stok masih ada. 

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Love,
www.mizahadi.com
013.938.8484
mizahadi@gmail.com



Wednesday, May 15, 2013

Seafood bersalut tepung @ Pantai Cahaya Bulan

Assalamualaikum semua... Baru berkesempatan untuk menulis entry terbaru. Hurmmm... masa balik kampung mengundi tempohari, kami sekeluarga sempat melawat  Pantai Cahaya Bulan, Kota Bharu. Kami ke sana secara tidak dirancang, dari rumah mak di Pasir Mas nak balik ke Wakaf Tok Wali rumah mertua, berseloroh dengan suami, ajak ke sana sambil bawa anak-anak tengok pantai, sekali dia setuju pula... 





Keadaan pantai banyak berubah disebabkan oleh hakisan yang berlaku.


Yang bestnya bila berkunjung ke pantai ini, dapat makan makanan laut seperti ikan, sotong, udang, juga pelbagai bebola ikan yang digoreng bersalut tepung, dan semestinya menikmati fresh air kelapa muda... Fuhh... nikmat sangat bila panas-panas dapat merasa air kelapa muda. Alhamdulillah...




Disebabkan sangat teruja, kami terlupa untuk shoot photo  seafood yang kami makan itu kerana tidak sabar untuk menikmati makanan yang dihidang panas-panas. Harga pula bergantung kepada saiz seafood tersebut seperti seekor sotong atau udang (yg dicucuk pada lidi saiz sederhana - 3 ekor) antara RM 14 - 16. 














Suka melihat gelagat anak-anak yang begitu seronok bila berada di pantai....siap ber'posing' untuk mama dan papa. Macam-macam gelagat buah hati kami.



Yang ini pula tak ada kena mengena dengan seafood ataupun pantai ya... Ini muka Nanine ala-ala kitten gitu... Bila buat muka macam ni terus dia buat bunyi 'mau...mau...' hihihi disebabkan tak pandai nak bunyi miow jadila mau... Tapi dia sporting habis, tak marah pun bila setiap kali Miza buat muka dia macam ni. Suka lagi ada....

Okay la, rasanya Miza stop kat sini dulu. Tak nak celoteh panjang-panjang, kalau you all nak merasa., sila la berkunjung ke negeri kami... Kelantan Darul Naim.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Love, 
www.mizahadi.com
013.938.8484
mizahadi@gmail.com




Saturday, May 11, 2013

Reward - Bisnes online dari rumah

Hai... tetiba excited nak post pasal shopping... Maklumla wanita dan shopping ni memang tak dapat di pisahkan lagi.... 

Shopping tengah-tengah bulan ni? Tak jadi masalah sebab bonus untuk bisnes memang dah masuk... Dah gatal sangat  dah tangan ni nak bershopping... 


Hasil tuaian - reward untuk diri sendiri, terapi terbaik bagi kaum perempuan. Duit dari hasil bisnes corset la ni... Berbaloi-baloi sangat...



Reward untuk Hubby yang tercinta juga sebab banyak memberi sokongan. Love you so much dear.


Alhamdulillah semenjak berkecimpung dalam bidang bisnes online dari rumah a.k.a mompreneur ini, saya dapat merasakan 'kebebasan'. Kebebasan dari segi masa dan juga wang ringgit



Little boy yang setia menemani mama sepanjang hari. Tertido sebab lama sangat menunggu. Tapi memang terbaik la anak mama ni sebab tak mengamuk pun. Thanks sayang. Love you so much....

Perbezaan yang sangat ketara apabila kita dapat meluangkan banyak masa bersama anak-anak dan suami. Kebajikan suami dan anak-anak terbela serta terjaga. Kita yang tentukan jalan yang kita pilih. Alhamdulillah saya bahagia dengan kehidupan saya sekarang. No stress, no jam and no dateline!

Love, 
www.mizahadi.com
013.938.8484
mizahadi@gmail.com


Friday, May 3, 2013

Sabun Ketiak ~ Marine Essence Beauty Bar



Assalamualaikum dan Salam ceria semua… 

Nampaknya masing-masing sibuk dengan tugasan harian dan tak lupa juga persiapan untuk menunaikan kewajipan pada negara. Semoga di permudahkan segala-galanya.

Lama Miza tunggu masa yang sesuai untuk update entry kali ini…Wah, special ke entry untuk kali ini… Haaa… Let’s check it out!
*
*
*
Kenapa Miza kata Miza tunggu masa yang sesuai.. yalah, sebulan lebih Miza tunggu sabun ni dapat ke tangan Miza. Sold Out you… Sekarang ni pun stok kat HQ and stokis  belum ada lagi sebab demand melebihi production jawabnya gigit jari lerr, tapi Alhamdulillah, Miza dapat stok dari business partner… dapat juga merasa… 

Mungkin some of us dah alert tentang “Marine Essence Beauty Bar” dan mungkin juga yang belum…  “Marine Essence Beauty Bar”  adalah Sabun Kecantikan yang kaya dengan Mineral dan Anti-Oksidan, Anti- Alergi, Anti-Bakteria, Anti-Kulat, Anti-Keradangan, Anti-Penuaan, menyembuh kulit bermasalah dengan berkesan, mencerahkan pigmentasi kulit dan menghapuskan radikal bebas yang merbahaya. Ia juga tidak mengeringkan kulit malah merupakan pelembap yang terbaik. Jangan terkejut kalau sabun ini juga dikenali sebagai SABUN KETIAK. Ha, dah kenapa pula? ……………

Sana sini orang sibuk dok bercerita tentang sabun ni…  SABUN KETIAK… a.k.a  nama glemer…  Sabun ni mencerahkan bahagian badan yang gelap seperti bawah ketiak, bawah lengan, leher berdaki, celah paha, bahagian pelipat badan, lutut dan siku. Sebab itula ianya dikenali sebagai SABUN KETIAK…  Ramai testimonial yang menggunakan sabun ini mengakui keberkesanannya… Yalah, cuba bayangkan ketiak, leher yang bewarna gelap, kalau boleh tak nak suami nampak pun..malu!

Bau dia pun wangi sangat, seperti bau minyak wangi berjenama gitu, baunya pun lama… Memang tak menyesal kalau dapatkan sabun ini sekarang… Berbaloi dengan apa yang kita perolehi…In Shaa Allah...

Sabun ini juga sesuai untuk semua jenis kulit termasuk untuk kanak-kanak dan bayi. Malah bagi kanak-kanak yang mengalami penyakit eczema, memang sesuai sangat. Disamping itu juga, ia juga berfungsi mengurangkan jeragat,merawat kudis pada badan, merawat ruam dan gatal-gatal pada badan, menghilangkan perut muka dan badan, sesuai juga untuk kulit sensitive, mengurangkan bau badan dan mengurangkan jerawat di muka dan badan. Bar sabun ini juga sesuai dijadikan pencuci muka untuk mendapatkan kulit yang lebih halus dan terasa seperti sutera apabila disentuh. Memandangkan Miza pun baru je dapat sabun ni, In Shaa Allah, dalam 2 minggu lagi Miza akan share testimonial Miza sendiri. Si kecil Miza tu pun kulit jenis yang sensitif, gatal-gatal so elok benarla kan...

Kandungan UTAMA dan juga fungsinya ialah:-


GLISERIN
  • Tidak mengeringkan kulit
  • Menarik kelembapan daripada udara ke dalam kulit
  • Pelembap kulit yang terbaik
GARAM BULUH
  • Kaya dengan mineral dan anti-oksidan untuk kulit
  • Anti-bakteria
  • Anti-alergi
  • Anti-keradangan
EKSTRAK LIQUORICE
  • Warna kulit lebih sekata
  • Kurangkan warna bintik-bintik hitam
  • Mencerahkan pigmentasi kulit
VITAMIN E
  • Antioksidan
  • Anti-penuaan
  • Menyembuhkan kulit yang bermasalah dengan berkesan
MINYAK TEA TREE
  • Anti-bakteria
  • Anti-kulat
HENO-SFE
  • Antioksidan
  • Sifat pemulihan untuk menghapuskan radikal bebas yang berbahaya daripada merosakkan sel-sel kulit
  • Anti-penuaan
  • Membaiki dan memperbaharui sel-sel kulit agar sihat dan muda untuk masa yang lebih lama
ALEO VERA
  • Menyembuhkan dan merangsangkan pembaharuan sel-sel pada kulit yang bermasalah

Sekotak ada 3 bar, harga sekotak RM 105.00 (free postage)
Harga seketul RM 35.00 (postage RM 5.00)

Size Marine Essence Beauty Bar

Kalau sesiapa yang nak dapatkan sample, do let me know soon ya. Sebab sabun ni HOT and SPICY gitu, so nak kena cepat-cepat dapatkannya sekarang. 

Love,
013.938.8484
mizahadi@gmail.com


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...