Tuesday, October 8, 2013

SAKITNYA MAMA... KENAPA BESI INI MENCUCUK KEPALA KU...

Assalamualaikum…

Entry kali ini agak istimewa sebab Miza nak berkongsi tentang bagaimana keajaiban berlaku dalam hidup seseorang dengan hanya menggunakan sehelai kain atau pelapik tilam.  

Bayangkan anak yang kita kandung, kita lahirkan dengan seribu kepayahan bertarung nyawa dan ditatang dengan minyak yang penuh tiba-tiba dikhabarkan mengidap penyakit misteri. Si ayah dan ibu menyambut khabar tersebut dengan linangan air mata... bagaimana nasib si kecil? Kelam....Dalam keghairahan melayan telatah si kecil, tiba-tiba anak kecil itu hanya mampu terbaring kaku. Tiada lagi gelak ketawa, tiada panggilan ibu kedegaran. Bayangkan jika itu yang berlaku kepada kita. Apa perasaan kita sebagai ayah dan ibu. Tiap kali mendengar dan membaca kisah malang yang berlaku kepada adik Steven Yoong, 4 tahun, anak tunggal dan menjadi buah hati ibubapa nya, tiap kali itu la hati ini bagai direntap… Walaupun tidak saling mengenali, berbeza agama dan kepercayaan tetapi di atas dasar kemanusiaan kisah sedih itu tetap akan diingati sampai bila-bila, tambahan Miza juga mempunyai anak-anak…

www.mizahadi.com

Kisah adik Steven bermula semasa beliau berumur 3 tahun.. Dari seorang kanak-kanak riang dan lasak, keadaan terus berubah apabila beliau diserang batuk selama 3 bulan tanpa henti. Dalam masa tersebut, keraplah ayah dan ibu membawa dia ke hospital. Tetapi doktor hanya mengatakan batuk biasa.  Sehinggalah ibubapanya perasan ada benjolan di tangan, dada dan tulang belakang leher. Mereka juga perasan yang adik Steven tak boleh menyokong kepala sendiri, beliau akan meletakkan tangan di bawah dagu untuk menahan kepala dari jatuh ke depan. Risau dengan keadaan anak kecil ini, ibu dan ayah membawa beliau ke hospital. Seperti batu besar menghempap dada apabila dikhabarkan anak kecil ini tidak dapat membesar seperti kanak-kanak sebaya yang lain, dan yang paling meruntum hati ayah dan ibu apabila disahkan anak kecil ini mengalami kelumpuhan kekal. Terduduk ayah dan ibu, dugaan apa yang diberikan kepada mereka. Bagaimana anak ini akan meneruskan hidupnya kelak? Apa dosa anak kecil ini sehingga begini nasibnya???

Adik Steven telah dijangkiti oleh Virus Penyakit Tibi pada tulang belakang dan mengakibatkan kerosakan pada saraf tulang belakang. Doktor terpaksa memasang alat sokongan  besi bagi menampung atau untuk menstabilkan kepala adik Steven supaya tidak jatuh ke depan. Bayangkan kepala kecil itu dimasukkan 8 skru untuk memasukkan alat atau besi sokongan di kepala. Lebih malang apabila alat sokongan yang baru perlu dipasang menggantikan yang lama (baju khas yang mempunyai besi), sekali lagi kepala kecil adik Steven perlu dimasukkan skru di tempat yang baru. Bagaimana kepala kecil dia mampu menerimanya. Hancur luluh hati ayah dan ibu… Jika kesakitan itu dapat ditukar ganti… Biarlah mereka sahaja yang merasa penderitaan anak kecil yang tidak memehami apa-apa itu. Bukan setakat itu sahaja, keadaan menjadi semakin teruk kerana skru td telah masuk jauh ke dalam kepala adik Steven dan jika keadaan berterusan akan membahayakan nyawa si kecil ini.  Lebih malang apabila doctor mengesahkan tiada rawatan lanjut lagi dan doktor tidak dapat memberi sebarang jaminan. Menurut doktor, kes adik Steven ini satu dalam sejuta jadi para doctor buntu dalam mencari jalan penyelesaian. Bagaimana tubuh sekecil ini mampu melawan rasa sakit ini… Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul… Akhirnya si kecil ini hantar terlantar kaku di katil selama 4 bulan.

KuasaNya mengatasi segalanya. Pada suatu hari dalam bulan Disember 2012, kawan kepada nenek adik Steven memperkenalkan Pelapik Tilam BiovelositySleep Mate (BVSM) untuk dipakaikan kepada adik Steven. Kronologi penggunaan BVSM oleh adik Steven.

  Hari ke-3 : Adik Steven boleh menggoyangkan kaki.
  Minggu ke-2 :   Boleh mengangkat kaki.
  Minggu ke-3 :   Boleh berdiri.
  Minggu ke-5 :   Dibenarkan keluar dari hospital.

Tahun 2013....
*
*
*

*

*


  Jan 2013    :   Adik Steven boleh berjalan semula seperti kanak-kanak sihat yang lain.
  April 2013  :   Adik Steven sudah ke sekolah.

www.mizahadi.com

Inilah keajaiban yang berlaku kepada adik Steven. Daripada seorang yang disahkan mengalami kelumpuhan kekal dan mempunyai kad OKU, mendapat kembali sinar kehidupan hanya dari sehelai kain. Inilah yang Miza ingin kongsikan dengan pembaca semua. Pengalaman hidup Adik Steven yang hitam dan kelam. Dapatkah kita bayangkan jika hal itu terjadi kepada anak-anak kita…Cuba kita pejam mata dan bayangkan anak-anak yang kita kasihi dan cintai… Wajah comel si kecil yang tidak memahami apa-apa terpaksa bertarung untuk menahan kesakitan… Mampukah kita sebagai ibu mendengar rintihan tangis mereka di saat mereka diuji sebegitu rupa… Cuba bayangkan…


Semasa kami mendengar perkongsian dari ibubapa si kecil ini, satu dewan terdiam dan menangis. Adik Steven di datangkan khas untuk sama-sama berkongsi pengalaman hidup beliau.  Si kecil yang tidak mengerti apa-apa itu naik ke pentas dengan gembira, berlari ke sana sini dan menedang bola tanpa memahami kami sedang bercerita kisah hidupnya...

www.mizahadi.com

Allahu Akbar! 
Walau siapa pun kita dan di mana kita berada...ketentuan Allah itu jelas dan pasti...Tetapi sebagai hambaNya yang lemah, kita perlu berusaha untuk meneruskan kehidupan di dunia ini... Apa tindakan dan usaha yang kita lakukan ingat la orang yang kita sayang... Pejam mata rapat-rapat dan bayangkan wajah mereka satu persatu... Apa jasa dan kebaikan yang kita lakukan untuk mereka... Begitu juga saya... Peringatan untuk diri sendiri...

… Itula keajaiban sehelai kain putih bernama BIOVELOSITY SLEEP MATE. Klik di SINI untuk penerangan terperinci berkenaan produk.

LAIN-LAIN TESTIMONI BVSM 

Masalah kencing manis

Masalah Hypotonia (Gross Motor Delay)

        ************************************************
Loves,
Mizahadi.com
013-938 8484

                                                      ** Credit to hafizayusoff.com puanseri.com

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...