Thursday, October 3, 2013

BENTAN Part II : Panduan Mengatasi Masalah Bentan

Assalamualaikum....

Atas rasa keperihatinan, tiba-tiba terlintas di hati nak buat sambungan untuk entry berkenaan BENTAN yang Miza pernah sharekan dulu di SINI. Tambahan pula, bila cerita yang kita kongsikan tu, dapat menjadi panduan kepada orang di luar sana... Miza ada terima beberapa panggilan telefon dan juga mesej inbox bertanyakan pasal bentan dan cara mengatasi bentan? 



Daripada sumber dan informasi, bentan ini tidak ada ubat. Miza sendiri pun tidak mengambil apa-apa ubat untuk menyembuhkannya cuma bila demam yang teruk tu datang, as usual ambil panadol tapi keadaan tidak berubah, demam berlarutan sehingga 2 ke 3 hari. Akhirnya, demam baik sendiri, tetapi keadaan akan berulang balik dalam sekali atau dua kali sebulan... Masa tu seksa sangat... 



Berbalik kepada penyelesaian tadi, Miza perasan since bulan 5 (lebih kurang) sebulan selepas entry pertama berkenaan BENTAN ditulis, Miza tidak lagi mengalami demam. Keadaan badan juga bertambah bertenaga dan rasa sakit-sakit badan dan sendi agak berkurangan. Kalau mengangkat barang-barang yang berat tu, badan tak akan sakit atau demam. (Kalau sebelum itu, memang langsung tak boleh mengangkat barang berat dan penat.)

Seyesly, Miza tak ambik apa-apa injection or ubat, pada penilaian dan perbezaan yang berlaku pada diri (my very own testimonial) Miza yakin dengan pemakaian Premium Beautiful Corset yang berterusan membantu Miza untuk recover, sebab Premium Beautiful Corset ini direka 70% untuk kesihatan lebih-lebih lagi kesihatan dalaman wanita yang berkaitan dengan badan dan juga rahim seseorang wanita itu. Infra-Red yang ada dalam corset ini membantu mengatasi masalah yang berkaitan dengan wanita. Rujuk di SINI. Alhamdulillah, Miza bersyukur sangat dan Miza tak nak dah merasainya. PERIT! Tiada perkataan yang dapat menggambarkan SEKSAnya.


So, bila ada orang bertanya pasal bentan, Miza akan ceritakan apa yang sudah Miza alami. Pada mulanya Miza pakai corset ni pun untuk mengurangkan berat badan, tetapi dalam tidak sedar, masalah sakit belakang yang Miza alami semasa mengandungkan anak pertama lagi, sehingga ke anak kedua hilang selepas 3-4 minggu memakai Premium Beautiful Corset. Kalau sebelum ini, kasut atau sandal high heel langsung Miza tak boleh pakai... tapi semenjak menggunakan premium beautiful corset, Alhamdulillah tiada masalah lagi.


Semoga apa yang Miza kongsikan di sini sedikit sebanyak membantu rakan-rakan yang mengalami masalah yang sama. Sekurang-kurangnya ia akan menjadi panduan untuk kita sama-sama mencari penyelesaian yang sesuai.

Tiada yang lebih bermakna jika dibandingkan dengan kesihatan yang baik dan sempurna di samping insan-insan yang kita sayangi. Wang ringgit boleh dicari tetapi kesihatan yang baik tiada galang gantinya.




Loves,
mizahadi.com

1 comment:

  1. Sy demam slepas sbln brpantang..sy bsalin san tiada jahitan krn tiada koyak..sy pntang dlm 2mggu..lpas tu sy dh xpntang..ni dh sbln dr tmpoh pntang..sy demam tibe2..sy rse sjuk sgt,,sakit urat2,,tp ble hubby pegang..die kate sy pnas sgt..adakah itu slh satu trkena bentan..dan cmane sy dh baikkan,demam ni,..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...