Thursday, October 3, 2013

BENTAN - Awas! Peringatan untuk Ibu berpantang.


Story kali ini Miza nak share dengan readers semua pengalaman Miza sendiri berkenaan BENTAN.

bentan


Kenapa Miza nak sangat kongsikan kat blog ni. Mmmm....
 In Shaa Allah, sebagai panduan dan tauladan buat kita semua sebab sebelum ni Miza sendiri tak tahu apa-apa pun pasal bentan ni. So, bila dah terkena ni, Miza rasa ada baik nya Miza sharekan dengan readers semua. 


Kalau readers nak tahu Miza sekarang ni masih lagi menanggung kesan bentan ni, umur anak nak masuk 2 tahun dah. Betul kata orang bentan ni ada yang makan masa bertahun untuk baik. Sekarang ni Miza akan mengalami demam yang teruk dalam 2 - 3 hari. Kebiasaan demam tu datang sebulan atau 2 bulan sekali. Masa tu Allah aje yang tahu rasanya. Seluruh badan rasa sakit dan kebas, sendi-sendi juga sakit dan rasa sejuk yang sangat-sangat sejuk hatta selimut pun masih rasa kesejukan itu, dan kalau panas pula panas yang sangat-sangat panas. Masa tu dah memang tak boleh buat apa. Terbaring sahaja. Nasib baik En Suami memahami,masa tu dia la yang uruskan anak-anak. 


www.mizahadi.com/bentan

Macamana boleh jadi macam tu? Okay cerita nya begini, masa bersalin anak pertama, Miza memang berpantang betul-betul dalam masa 3 minggu pertama tu. Tak buat apa-apa kerja, biasalah pengalaman pertama... Takutkan... 



Bila bersalin anak ke-2, kita dah tahu kan macamana...dan lagi satu Miza ni memang yang tak boleh duduk diam... rasa bosan... so, beberapa hari selepas bersalin tu mula membuat kerja rumah... menyapu sampah sekeliling rumah, kira agak lasak sedikit bagi orang yang baru lepas bersalin dan masih dalam waktu berpantang... Mak memang la tak bagi buat kerja-kerja rumah tapi Miza yang degil lagipun mak pun biasa berpantang dalam 2 minggu, lepas tu dah mula buat kerja rumah... so, kira mak takde la membebel sangat bila Miza banyak bergerak... Lagipun masa tu tak tahu pun pasal bentan ni... Pada Miza, penjagaan makan sahaja yang perlu dititikberatkan.



Back to the story, selepas sebulan berpantang kat kampung, Miza decide la nak balik KL. Kesian kat hubby sorang-sorang... So balik la... Anak sulung tinggal kat kampung. Datang dengan baby jer. Selepas beberapa hari di KL, tiba-tiba demam dan sakit ulu hati. Mula tu doc suspect batu karang, so buat scanning, tapi takde apa-apa, rupa-rupanya gastrik.... Tak pernah-pernah ada gastrik, pakej penangan bentan. Rasa demam tu semacam jer... Simptom dia cam yang Miza citer kat atas tu la... Hubby keja, baby masa tu pun ada masa nangis jer... Ya Allah, tak tahu nak cakap... Pelik juga kenapa demam ni tak baik2... Pergi klinik makan ubat keadaan masih sama... Keadaan berlarutan beberapa hari juga la, sehingga kan Miza rasa dah tak daya sangat dah... Biasanya menjelang malam demam jadi teruk... Bila rasa sejuk tu selimut 2, 3 helai pun masih rasa sejuk, sejuk sampai ke tulang sum-sum... Bila panas tu, panas yang amat sangat-sangat... Sampai la satu hari tu dah tak tahan dah... sampai anak pun dah tak boleh nak uruskan dah... telefon mak kat kampung, masa tu dah nangis-nangis dah... cakap dengan mak sakit apa ni tak baik-baik... masa tu macam tak betul pun ada, rasa nak marah pun ada... Tapi nasib baik la masih boleh kawal diri... So, mak pun suruh balik segera... 

www.mizahadi.com

The next day, terus fly balik... sampai kampung, lagi best pergi urut...Tapi sebenarnya orang kata tak boleh urut sebab masa tu urat tengah bengkak... tak tahu kan... Mak pun tak biasa juga dengan bentan ni... pendek kata dia pun tak tahu ada bentan ni... masa tu Miza google kat internet pasal demam masa berpantang... haaa.... masa tu la baru tahu pasal BENTAN ni... Ngeri juga bila baca pengalaman ibu-ibu berpantang ni.... Macam-macam story ada... 


Sehingga lah sekarang... Sekarang ni urat macam dah tak kuat, tak tahan lasak dah... pantang angkat benda berat atau buat kerja teruk sikit... haa... siapla... menyesal juga sebab tak berpantang betul-betul... betul la kata orang tua ni... berpantang tu biar betul-betul... Yalah kita ni bersalin nak keluarkan seorang manusia... Sakit hanya kita ni yang rasa... Tetapi itula sebenarnya KEHEBATAN seorang WANITA... Bersyukur sangat dilahirkan sebagai seorang wanita... 


Okay... tu jer la sebagai perkongsian bersama... So, kepada ibu-ibu mengandung PASTIKAN bila masa berpantang tu, kena buat betul-betul... Kena jaga KESIHATAN betul-betul... 

KLIK di SINI untuk mengetahui BAGAIMANA Miza MENGATASI MASALAH BENTAN ini.


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Miza kongsikan sedikit info pasal BENTAN. Selamat membaca ya dan selamat berpantang untuk ibu-ibu yang bersalin



"Bentan adalah dimana keadaan ibu berpantang yang tiba-tiba tidak sihat sehingga mengganggu keselesaan dan mengakibatkan kesakitan yang tidak dapat di ketahui puncanya secara tiba-tiba.

Ini selalu terjadi di awal tempoh berpantang kerana dipercayai ketika tempoh ini, keadaan dalaman ibu yang masih lemah. Tetapi ada juga kes bentan yang terjadi di tempoh penghujung berpantang dan kadang-kadang selepas tempoh berpantang. Ada juga kesannya sehingga bertahun-tahun.


JENIS BENTAN, SIMPTOM, PUNCA DAN CARA RAWATAN.


1. Bentan Urat

  • Badan ibu tiba-tiba lemah, demam serta bisa-bisa urat dan setiap sendi badan lutut menggigil kesejukan meskipun tengahari, seluruh otot badan tegang dan kekejangan.
  • Biasanya berlaku apabila ibu terlalu aktif atau melakukan aktiviti fizikal yang melampau.

2. Bentan Urat Peranakan/Urat Rahim (ari-ari)

  • Kesakitan di bahagian ari-ari yang sederhana atau terlampau sakit sehingga tumpah darah. Kadang-kadang kesakitan ini menyebabkan lutut bertemu dagu sehingga susah unttuk meluruskan badan si ibu.
  • Selalunya terjadi jika ibu mengangkat benda-benda berat.
  • Ibu digalakkan baring di atas lantai tanpa alas bantal dan alas punggung dengan 2 biji bantal, atau ibu boleh sandarkan kaki pada dinding untuk kurangkan pengaliran keluar darah.

3. Bentan Urat Besar (Pinggang)

  • Urat besar ialah urat buluh rahim yang melalui behagian pinggul yang dikenali sebagai urat sum. Ibu yang mengalami bentan urat besar ini akan merasa lenguh dan sakit di atas bahagian tongkeng (belakang). 
  • Selalunya terjadi kepada ibu bersalin secara pembedahan. kadang-kadang kesakitan di bahagian pinggang dan tumit yang serius sampai ibu jalan terjingkit-jingkit. 

Oleh sebab itu, wanita berpantang digalakkan supaya banyak berehat, jangan terkena hujan,mahupun tempiasnya sekalipun, jangan mandi lama-lama, elakkan mandikan bayi sendiri dan jangan mengangkat benda berat. Sakit bentan ini tidak tertanding dan sakitnya boleh membuatkan ibu berpantang merana."


Love,
www.mizahadi.com
mizahadi@gmail.com
013.938.8484

11 comments:

  1. Bahayanya bentan ni. Ibu2 lepas bersalin mmg kena jaga2 btol. Thanks 4 sharing

    ReplyDelete
  2. Wah.. Perkongsian yang sangat menarik. Tq admin.. Tanda anda hamil.

    ReplyDelete
  3. Sy kene bentan semalam..bentan urat besar rasenye..sbb seluruh tulang belakng bagai nak putus dibuatnye..sy dah 26 hari berpantang..disebabkan cuace panas sy jirus laa segayung air paio sejuk...lepas mandi air panas tu,sy rsa itulah sebabnye..lps tu mlm bdn dah x sedap..sempat lg masak sikit2,tiba2 jam 4 pagi tesedar dari tido pingg rase sakit.. sampai bahagian ulu hati rase mcm bengkak..tak boleh bangun..sy mengesot ke bilik panggil en.suami..sbb sy tido dpn tv pagi tu..melayan kerenah beby yg meragam..nasib masa kene beby dah tido..sy rase serik sangat sbb x pntg betul2,salah sendiri kan,panggil mak bidan jugak dtg..mak bidan ni memang bepengalaman...umur masuk 90 siries..tp mcm umur 50@60siries...dia tak urut kuat sangat..cuma dia suruh panaskan tungku..dia tungku tapak kaki..sebab tapak kaki yg sejuk blh buat jadi naik ke peranakan..and buat bahagian tulg blkg bisa..dia suruh betungku satu hari ni..jadi sy betungku di bantu en.suami and adik..sbb mak sy bekerja.Alhamdulillah..dah ok boleh bangun...tp x boleh dukung beby..keadaan sy masa kene memg x blh bgun lgsg..mengesot je..teringat sy tempoh berpantang adlh tempoh jihad..jd besabar laa, sy menahan bisa dari pukul 4 pg-10pg..serik rasenye..mcm separuh nyawa hilang,nak becakap pun susah..harap ibu2 yg mengandung berpantang laa betul2,jaga badan..jaga makan :)

    ReplyDelete
  4. Terima kasih, perkongsian yang sangat bagus.

    ReplyDelete
  5. Terima kasih, perkongsian yang sangat bagus.

    ReplyDelete
  6. arni genapla ari ke 40 pantang sy,mgkn sy kna bentan urat besar,sjk smggu ni pingang dgn tumit kaki sy sakit yg amat sgt,mse bgun dr tdo kki lgsg xle nk pjak lntai,pingang plk skt yg amt kne jln bgkok dlu xle nk tgakkn bdn trus.igt prnakan jtuh tp da urut,tukg urut xckp pn prnakan jtuh,so sy pn cri kt gugel rpanya sy mgkn kne bentan urat besar,nk tau cmne cra nk mrwatnya ye.tq

    ReplyDelete
  7. sy mgkn kne bentan urat besar,sakit pingang dgn tumit kaki yg amat sgt,camne cra rwatnye ye.time ksh

    ReplyDelete
  8. sy mgkn kne bentan urat besar,sakit pingang dgn tumit kaki yg amat sgt,camne cra rwatnye ye.time ksh

    ReplyDelete
  9. Salam perkenalan dari saya , Nini. Dari blog http://www.ninimuhammad.com
    terima kasih sharing. Ada ilmu yang boleh dipelajari.
    Jom singgah blog saya juga. Ada sedikit perkongsian berkaitan info dan tips.
    Klik link ni : http://www.ninimuhammad.com/search/label/kos%20rawatan%20penjagaan%20dalam%20pantang

    Salam kenal dari saya =)

    ReplyDelete
  10. Salam perkenalan dari saya , Nini. Dari blog http://www.ninimuhammad.com
    terima kasih sharing. Ada ilmu yang boleh dipelajari.
    Jom singgah blog saya juga. Ada sedikit perkongsian berkaitan info dan tips.
    Klik link ni : http://www.ninimuhammad.com/search/label/kos%20rawatan%20penjagaan%20dalam%20pantang

    Salam kenal dari saya =)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...