Thursday, September 5, 2013

Cerita Raya Kami 2013 Part 2: Villa Sri Wali

Assalamualaikum.... 

Kalau sebelum ni Cerita Raya Kami di SINI belah family Miza, kali ni Miza nak share Cerita Raya Kami Part 2: Villa Sri Wali pula, yang ni family belah En. Suami..

Ini gambar mak, ayah dan kesemua adik beradik serta ipar duai... En. Suami ada 6 orang adik beradik, 3 orang dah berkeluarga dan 3 orang belum berkahwin.




Barisan belakang dari kiri: Abir/Abe Long (no. 1), Lie (suami Iva - Iva anak no. 3), Anas/Abe Chik (no. 5), Amin/Adik (anak bongsu), yang kacak manis tepi sekali tu my lover la, Amir/Abe Ngoh (no. 2)
Barisan tengah dari kiri: Kak Long, Nur Ilya (no. 4), Our lovely Mama and Papa, Nur Iva and last saya lewww tuuuu...
Barisan depan dari kiri: Balqis (my princess), Irdina (anak Iva), My Nanine, and yang atas riba Atok tu Irsyad (adik Irdina). 
Ini lah keluarga kami.




Our lovely Mama and Papa, yang sangat-sangat penyayang dan sangat rapat dengan kami semua. Sentiasa memberi sokongan kepada kami dalam menjalani kehidupan yang sangat mencabar ini. Sentiasa bersama kami saat kami jatuh dan bangun. 

"Ya Allah... Kurniakan lah mereka balasan yang sebaik-baiknya di atas segala didikan mereka kepada kami, dan pahala yang besar atas kasih sayang yang mereka limpahkan kepada kami. Kau peliharalah mereka, Kau sayangilah mereka, Kau lindungilah mereka... Sesungguhnya kami amat menyayangi mereka sepenuh hati kami. Mereka tiada gantinya, berilah kami kesempatan untuk berbakti kepada mereka... Amin. "




Masa ni raya ke-2, menjadi kebiasaan kami membuat rumah terbuka. Antara menu wajib ialah nasi dagang, sate, bihun goreng, nasi himpit, ketupat palas dan kek. Semua makanan mama tempah dan rasa dia memang tip top... semua tetamu yang datang memuji kesedapan makanan yang ada... Alhamdulillah...
















Tahun ni, family Miza jadi tetamu pertama berkunjung ke rumah mertua... :)

Tak banyak picture sempat kami snap, sebab masing-masing sibuk melayan tetamu. Ramai juga saudara mara dan jiran tetangga yang memeriahkan rumah terbuka kami. Jam 5 petang, semua makanan yang ditempah habis, apalagi, zass ke plan B, goreng bihun sendiri... Nasib baik awal-awal mama dah sediakan semua bahan. Kak Long yang jadi chef masa tu... Bihun yang kami tambah tu pun habis, sebab tetamu datang sampai ke malam... Walaupun agak kepenatan sedikit, tetapi kami sekeluarga tetap seronok dan gembira....


My lovely leader, CDM Cida pun sempat meluangkan masa untuk gather sama-sama for this hari raya. Thank you dear...

Hoccay, layan jer la foto-foto yang ada ni, gelagat anak-anak dan anak-anak sedara... Bukan main seronok depa pun...



My princess and her cousin - Irdina.


Irdina's little brother - Baby Irsyad.





Kakak and Cik Ya


Nanine...


Haaa.... begitula adanya cerita raya kami untuk Part II ini.... Bahagia sangat bila dapat meluangkan masa bersama dengan orang-orang yang kita sayang.

 Loves,
mizahadi.com

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...