Thursday, August 22, 2013

Cerita Raya Kami 2013!!!

Assalamualaikum....

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2013. 
Maaf Zahir dan Batin....

Alhamdulillah berkesempatan sudah meng'upload' gambar raya... Lama sungguh proses editing... huhuhuhu....

Ini ialah keluarga besar Miza. Tapi ini masih tak lengkap sebab adik lelaki dan keluarga (isteri dan 2 anak) beraya di Johor. Juga, adik perempuan yang no. 5 (bersama suami dan 2 anak) juga tak ada dalam gambar. Maklumla bila dah berkeluarga ni, memang komitmen tu kena bahagi-bahagikan sama rata la... Nasib baik Miza dan suami satu negeri, sebelah-sebelah jer... dalam 20 minit jer perjalanan dengan kereta (kalau tak jem la tu... kalau raya, jem mau 2 jam...huhuhuhu...kematu) 


Alhamdulillah, masih diberi kesempatan untuk menikmati keindahan hari raya bersama keluarga tersayang. Bila berkumpul ramai-ramai bergambar dengan kedua insan paling istimewa dalam kehidupan kami adik-beradik... Abah dan Ma... 

Miza dan keluarga bersama Abah dan Ma. 


Adik no. 2, Tina dan keluarga bersama Abah dan Ma. 


Adik no. 4, Ayu dan keluarga bersama Abah dan Ma.


Yang ni pula, 3 dari bawah. Dari kanan: Uda (Nor), Alang (Asyraf - tapi anak-anak sedara dok panggil Wah jer) dan last sekali yang kiut miut bulat begotel tu our Ucu (Adamshah). Bergambar bersama Abah dan Ma.


Minta maaf gambar kurang menarik, tetapi nak letak juga gambar-gambar ni sebab suka tengok gambar Abah dan Ma ni... Romantik sunggggguh di pagi raya... Tambah dengan Abah dok buat kelakar sebab kami dok usik-usik depa... Pecah perut pagi-pagi tu...


Apa yang Abah cakap tu sampai Ma tergelak besar tu... 

So sweet kan....


Ini lah 2 insan yang sangat-sangat kami sayang. Insan yang banyak berjasa dalam seluruh kehidupan kami... Insan yang banyak berkorban jiwa dan raga untuk 8 orang anak-anak mereka...

Ya Allah... Kurniakan lah mereka balasan yang sebaik-baiknya di atas segala didikan mereka kepada kami, dan pahala yang besar atas kasih sayang yang mereka limpahkan kepada kami. Kau peliharalah mereka, Kau sayangilah mereka, Kau lindungilah mereka... Sesungguhnya kami amat menyayangi mereka sepenuh hati kami. Mereka tiada gantinya, berilah kami kesempatan untuk berbakti kepada mereka... Amin. "


Yang ni konon-konon free style la...


Anak sedara - Qaseh yang sweet tapi lasak sangat...


Kakak Balqis dan Adik Nia (anak sedara)... 


Ni apa kes?


Little princess yang sepet mata sebelah... tak tahu kenapa, bangun pagi mata bengkak... tapi nasib baik tak melarat... Nasib baik Atoknya (bapa mertua) bagi ubat. Thanks Atok...


Ini pula gambar family pada raya ke-2. Masa ni open house rumah parent in-law. 


Ini adik-beradik perempuan Miza. 5 orang perempuan and I'm the eldest one... 
Dari kanan: Ayu (4), Miza (1), My Sweet Mum, Tina (2), Ika (5) dan depan Nor (6).


Plus, 3 lelaki. Arif (3) beraya di Johor, Asyraf (7) dan last Adamshah (8)...
Haa...8 beradik gitewww.. bunyi cam ramai kan... tapi bila 8 beradik semua ada, cam tak ramai pun...

 Tapi..... sekarang memang ramai la sebab most of us yg dah kawin (5 orang) dah ada 2 anak... so riuh rendah rumah Tokbah dan Tokma kalau anak cucu balik kampung dan berkumpul....


Bila berkumpul macam-macam hal kami kongsikan... Menyakat ma nombor 1.... We love U Ma....


Love them so much... Terima kasih Abah dan Ma serta adik-adik yang selalu membahagiakan dan menceriakan Miza.... 

Itulah cerita raya kami... cheeewahhh... dah macam iklan raya Hanis Zalikha lak... 

Loves,
mizahadi.com


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...