Monday, July 22, 2013

Ramadhan yang berbeza...


www.mizahadi.com

Assalamualaikum....
 Salam Ramadhan Al-Mubarak kepada semua sahabat muslimin sekalian.... 
Macamana agaknya puasa kita tahun ni ya? Kalau dihitung kira, hari ni Alhamdulillah dah masuk hari ke-13 kita berpuasa. 


Bagi Miza sendiri tahun ini merupakan tahun pertama berpuasa sebagai surirumah. Sangat-sangat berbeza sekali... takde terkejar-kejar dipagi hari nak siapkan sahur, pastu siapkan diri dan anak pula...6.20pagi mesti kena keluar rumah, kalau tak alamatnya makan jam tanpa roti...haaaa.... agak stress juga walau itu memang rutin harian... so, dari awal pagi 4.30 bangun sahur, then siapkan diri, solat subuh and get ready pergi kerja. Petang lak berkejar-kejar balik, jalan jam juga sebab semua orang berlumba-lumba nak balik siapkan juadah berbuka, tak kisah lah sama ada masak atau ke PARAM (Pasar Ramadhan - istilah baru ni, tapi dah mula femes)

Walaupun sedaya upaya mencuba untuk sampai awal dirumah, tapi lebih kurang jam 6 petang baru tiba, ambil anak dari nursery dulu...ting tong 6 lebih juga sampai di rumah... Masa tu kalut la nak masak, biasanya masak yang simple jer, janji sedap... Alhamdulillah Mr. Hubby jenis yang tak cerewet, apa-apa yang Miza masak dia akan makan... Syukur sangat sebab dapat suami yang baik sangat dan tidak cerewet, kalau tak pening juga kan....hahahaha..... Thanks Bee...

Kebiasaan kami berbuka dengan kurma dan air dulu, solat dan baru makan sebab ada juga hari yang tak sempat siap masak dah masuk waktu berbuka... tapi tak de masalah pun... rileks sikit tak terkejar-kejarkan... Tapi sedar tak sedar bertahun-tahun kami laluinya... 

Sekarang ni, totally different, jam 4.30 pagi bangun siapkan sahur, makan dan siap-siap untuk solat subuh berjemaah dengan suami. Inilah yang paling bermakna sekali sebab kalau dulu kami jarang dapat solat subuh bersama kalau hari bekerja sebab masing-masing terkejar-kejar bersiap nak ke pejabat. Sekarang ni Mr. Hubby keluar ke pejabat pun jam 7.30 pagi. Petang lak, jam 4 Miza dah masuk dapur untuk masak. Rasa seronok sebab kita relaks dan dalam masa sama boleh melayan anak-anak. Jam 5 pula, Mr. Hubby dah sampai rumah... Banyak masa ada unuk berehat sebelum berbuka.




Alhamdulillah juga,tahun ni, tahun pertama our little princess 6 tahun belajar berpuasa, Berpuasa penuh sampai berbuka, cuma 2 hari tak dapat teruskan sampai berbuka, tak larat sangat... Dia cukup seronok time berbuka, dan dia faham bila Miza cakap dengan dia nikmat berbuka bila kita berpuasa berbanding tidak berpuasa... Alhamdulillah dia dah mula menyesuaikan diri dengan berpuasa di bulan Ramadhan.... 

Alhamdulillah, sebaik-baik perancangan adalah datang daripadaNya. Semoga Ramadhan tahun ini lebih memberi makna kepada kita semua... Walaupun jauh di sudut hati, Miza amat merindui 'mereka' yang telah tiada. Hanya doa dapat Miza kirimkan semoga mereka tenang di sana... Al-fatihah...

Loves, 
mizahadi.com







No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...