Wednesday, July 24, 2013

Dari Dapur Mizahadi.com : Ketupat Sotong ala BEAUTIFUL!


Assalamualaikum... 
Bulan puasa ni bulan yang paling sibuk bagi kaum ibu. Sibuk membelek buku resepi untuk mencari idea menyiapkan juadah masakan berbuka puasa.

www.mizahadi.com

Kat sini, Miza nak kongsikan Resepi Ketupat Sotong. Ketupat Sotong ni merupakan sajian pemanis mulut yang terkenal di Negeri Kelantan. Sotong akan disumbat dengan beras pulut di dalamnya dan masakan ini amat unik so rugi sangat kalau tidak mencubanya. Sesuai dijadikan pemanis mulut untuk berbuka puasa juga.

Bahan-bahan:
6 ekor sotong segar bersize besar/sederhana
1 pek santan kotak (Miza guna jenama KARA)
Segenggam beras pulut
3 sudu teh gula
Secubit garam
4 helai daun pandan
Gula melaka

Cara-caranya:
Basuh sotong sebersih-bersihnya dalam dan luar (buang kulit). Kalau sotong ada telur biarkan telur di dalam, jangan keluarkan. Sementara itu, rendam beras pulut dengan sedikit santan dan garam dalam 10minit. Selepas itu masukkan beras pulut yang direndam tadi ke dalam sotong - 1/3 sahaja dari bahagian sotong tadi sebab beras pulut tersebut akan mengembang. Kalau terlalu banyak, beras pulut susah nak masak.  Tutup sotong dengan kepalanya (tulang dalam kepala dibuang terus). Kemaskan dengan lidi supaya beras pulut tidak terkeluar. 



Susun sotong dan daun pantan, masukkan santan (santan td dibancur dengan sedikit air), sebab kalau santan KARA tu pekat dengan pati. Masak dengan api sederhana perlahan sehingga pulut masak. Apabila pulut dah masak dan santan tadi pekat sedikit, masukkan gula melaka. Kacau sekejap dan tutupkan api.

 Haaa....dah siap la Ketupat Sotong Ala Beautiful.... enak dimakan begitu saja.


Senang kan? 
Selamat mencuba ....


Loves,
mizahadi.com






No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...