Assalamualaikum...
Entry kali ni Miza nak share resepi Daging Goreng Sos Tiram.... Miza suka daging masak camni sebab dia rasa manis-manis sikit dan daging pun lembut. Actually resepi ni Miza olahkan sendiri daripada beberapa percubaan sebelum ini.
Bahan-bahan:
Daging Lembu
Sos Tiram
Bawang Besar
Kacang Buncis
Tomato
Lada Merah
Gula
Minyak
Cara-cara:
Potong daging mengikut size yang anda suka, tapi kalau Miza, Miza suka besar sikit dan tak tebal, tak nipis. Basuh bersih dan gaulkan dengan kunyit, masukkan gula (Miza takde sukatan, letak agak-agak nak bg rasa manis tu ada, jangan manis sangat), masukkan juga sos tiram. Gaulkan dan masak atas api sederhana sehingga daging masak dan agak kering sedikit.
Selepas itu masukkan minyak, lebihkan sedikit minyak... goreng dan balik-balikkan daging dalam 10 minit. Akhir sekali masukkan bawang besar, tomato, kacang buncis dan lada merah. Goreng dalam 5 minit, tutup api dan tadaaa..... dah siap! Senangkan...
Selamat Mencuba!
Loves,
mizahadi.com
No comments:
Post a Comment