Wednesday, July 3, 2013

'Art of Taking Beautiful Pictures with Hafiz Atan Pictures'


Assalamualaikum... 


Dah beberapa hari tak dapat nak update blog sebab Cik Lappy meragam... Tak tahu kenapa tiba-tiba Cik Lappy jadi gelap gulita, sakit kot gara-gara jerebu teruk tempoh hari... so nak kena hantar pergi hospital dulu ler tu... Ini pun guna Mr. Lappy En. Hubby... huhuhu... 


Kali ni nak story mory pasal Bengkel Fotografi bersama Hafiz Atan - Hafiz Atan Pictures pada 29 Jun yang lepas. Okay, let me introduce siapa Hafiz Atan ni...



Pemilik nama Hafiz Atan ini ialah Abdul Hafiz Kamaruddin, 27 tahun dan berasal dari Johor. Merupakan jurugambar professional, berkecimpung dalam bidang ini selama 5 tahun. Hafiz Atan juga pernah bersama dengan team CandidSyndrome tetapi sekarang bergerak sendiri sebagai Hafiz Atan Pictures. Banyak terlibat dengan event perkahwinan antaranya perkahwinan selebriti terkenal iaitu, Scha Al-Yahya dan Awal Ashaari. Juga jurugambar untuk majlis korporat dan majalah. Sekarang ini juga Hafiz Atan merupakan jurugambar tetap untuk GLAM - Green Leaders Academy Malaysia. Beliau banyak mengambil gambar untuk semua event GLAM dan juga bersama GLAM untuk trip ke luar negara seperti London, Paris, Vietnam, Guangzhou dan lain-lain.


Hafiz Atan juga dibantu oleh krew-krew nya iaitu Lokman Hakim, Hazyq dan Along.
Lokman Hakim in action.


Along dan Hazyq.


Rupa-rupanya mengambil gambar ni pun ada cara dan peraturannya. Kalau sebelum ni main snap je... ikut sedap rasa sendiri....


Kami diajar dari asas sehinggalah teknik mengambil gambar yang betul. Seronok sebab kita belajar perkara yang baru. 





Haa... the best part bila sesi praktikal, kami outing ke Kiara Park untuk belajar secara terperinci teknik mengambil gambar yang betul. 


Korang jangan la gelak bila tengok gambar Miza ni. Ini sebahagian dari apa yang kami belajar. Walaupun masa tu panas terik, tapi kami have fun sebab Hafiz Atan and krew memang sporting dan tidak lokek memberi tunjuk ajar. Thumbs up!





   My best partner ever, my sister in business,      Tim. The best la Tim.





Sweet orangnya...








From strangers we become a sisters. Irda..... 


and Mahani. Korang pun best juga...


Sesi penggulungan. Ehh...gambar mak pun ada... maluss giteww..ini hasil kerja partner ku, Tim. Tim boleh jadi photographer dah lepas ni...


Last sekali sesi bergambar, tak ramai sebab most of us ramai yang dah keluar.

Apapun Miza nak ucapkan banyak-banyak terima kasih pada Hanis Haizi dan suaminya Razali Zain kerana mempelbagaikan aktiviti untuk GLAMpreneurs. Aktiviti begini mengeratkan lagi hubungan dan tidak tertumpu kepada satu aktiviti iaitu menjadi usahawan dengan menjual semata-mata. Inilah yang membezakan kami di Green Leaders Academy Malaysia dengan usahawan-usahawan yang lain. 
Proud to be apart of GLAMpreneurs.

Loves,
mizahadi.com





No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...