Aktiviti pagi selepas En. Suami keluar ke pejabat, Miza ambik masa membelek mini garden... mini ke? in progress la...sebab pokok-pokok tu masih kecil. Pokok-pokok ni Miza ambil dari rumah mak kat kampung. Minta mak sediakan untuk bawa balik ke kl, konon-kononnya nak buat mini garden la. Mak Miza pun memang suka menanam pokok-pokok bunga, kalau balik kampung tu, kami selalu spend masa sama-sama dok belek pokok-pokok bunga yang ada... Hmmm... rindunya saya pada mak.
Sebelum ni dah beli pokok-pokok yang berbunga, tapi tula tak tahan lama pokok-pokok tu...semua mati...
![]() |
Cantik dipandang, tapi tak tahan lama. |
![]() |
En. Suami yang memberi sokongan penuh, siap temankan kita pergi beli bunga dan siap jadi consultant lagi... Thanks dear... |
So, decide ambik pokok-pokok dari rumah mak (kebetulan balik kampung), choose pokok yang tak berbunga. Lagi senang nak jaga dan tahan lama...The best thing, bila pandang pokok-pokok ni, ingat mak...rasa sejuk hati...sekurang-kurangnya terubat rindu di hati.
Miza memang minat bercucuk tanam, dulu masa di kampung selalu juga menanam serai, lengkuas dan cili... menjadi tau...
![]() |
Pokok Bunga Raya dari rumah mak juga - dah pernah berbunga sekali, bunga dia pun cantik warna pink gitu.. |
Pada Miza, penanaman pokok bunga tidak semestinya mempunyai laman yang luas, ruang yang kecil juga boleh dimanfaatkan jika kita pandai menyusun atur.
![]() |
Pokok Palm ni sama geng dengan pokok-pokok berbunga yang kita beli dari nursery. Last sekali tinggal yang ni je. |
So, dengan apa yang Miza lakukan sekarang, Miza bersyukur di pertemukan dengan BUSINESS dan LEADER yang HEBAT, yang banyak membantu memperbaiki diri dan kehidupan Miza.
I Love My BEAUTIFUL business!
Alhamdulillah....
Ku panjatkan syukur padamu jua Ya Allah....
Loves,
mizahadi.com
0139388484
mizahadi@gmail.com
No comments:
Post a Comment