Monday, June 17, 2013

Nasi Kukus Ilham Menggamit Rasa dan Selera



www.mizahadi.com

Semalam kami sekeluarga lunch di Ilham Nasi Kukus, Mutiara Damansara


Sebelum ni tak pernah dengar dan tahu pun, satu hari nampak satu post dekat facebook pasal INK. Miza cakap dengan Hubby boleh cuba ni, macam best. 








Sampai je kat sana, tengok ramai sangat orang tengah Q. Lepas dapat port baaeekkk punya, Miza terus beratur. Aroma ayam goreng berempah menusuk-nusuk rongga hidung... Aduh...laparnyaa tak tertahan-tahan sebab kami lunch pun dah lambat, dah masuk waktu Asar masa kami sampai sana. Konsep INK ni pelanggan perlu beratur sendiri untuk dapatkan nasi yang dibungkus dalam kertas bungkusan nasi, which is diorang tak guna pinggan. Bila dah dapat je nasi, apalagi makan laaaa....


www.mizahadi.com

Rasa kuah dan ayam goreng berempah memang sedap dan memenuhi citarasa Miza sendiri, sebab resepi INK dari Pantai Timur, iaitu resepi dari ibu pemilik INK sendiri yang berasal dari Kelantan. 

Kepada penggemar nasi kukus memang berbaloi kalau mencuba nasi kukus di INK. 


Alamat INK No. 7, Jalan PJU 7/16B, Mutiara Damansara, 47800 Petaling Jaya, Selangor. (Berhadapan Surau Mutiara Damansara)

Selamat Mencuba.

Loves,
mizahadi.com
013.938.8484
mizahadi@gmail.com






No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...