Look Choup atau Kuih Buah-Buahan (Thai Dessert) berasal dari Thailand yang diperbuat dari kacang dal atau kacang hijau yang dibentuk menjadi bentuk buah-buahan yang comel.. Kali pertama tengok kuih ni sweet sangat sebab bentuk buah yang diperbuat dengan teliti dan kemas juga diwarnakan dengan warna yang seiras buah-buahan sebenar.
Sebenarnya entry kali ini bukan untuk promote ya... Miza tak jual pun, just berkongsi makanan unik yang ada di sekeliling kita. Memang cantik dan menarik, sesuai di jadikan hantaran pertunangan atau perkahwinan. Kesabaran yang tinggi dan teliti perlu untuk membuat kuih ini untuk memastikan rasa dan bentuknya betul-betul menjadi.
Rasa kacang dan manis.
Pelbagai bentuk buah-buahan yang menarik seperti betik, cermai, epal, manggis, ceri dan belimbing.
Sangat-sangat Comel ....
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Love,
www.mizahadi.com
mizahadi@gmail.com
No comments:
Post a Comment