Sunday, February 17, 2013

Resepi Mee Sup

Assalamualaikum semua... Happy Sunday u olls... Apa program hari ni ya???
Masak... Jalan-jalan... Beriadah.. Shopping atau kerja mungkin... Apapun, semoga u olls semua happy dengan life masing-masing... :)

For those yang masak, apa menu hari ni... Mesti bestkan special untuk yang tersayang... Hari ni miza nak share resepi 'Mee Sup ala Beautiful'. Jom!!!!


Bahan-bahan untuk mee sup ni simple jer, tak berminyak pun sebab miza tak menumis pun, so baik untuk kesihatan. Mula-mula ambik 5 ulas bawang putih dan ketuk. Panaskan air (sesuaikan untuk keperluan sup anda), masukkan bawang putih tadi ke dalam air yang dipanaskan, masukkan serbuk serbaguna (maggi / knorr - mana2 pun ok, tapi miza lebih suka yang maggi brand tu), masuk secukup rasa.


Then, u oll masukkan fishball, biarkan sehingga menggelegak, perlahankan api......


.... then masukkan sawi hijau. sekejap jer tau sebab tak nak sawi tu jadi lembik. Tutup api. Nah.. sup dah siap okay... 
Simple kan...



Mee kuning ni kita rendamkan dalam air panas, jangan lama dalam 1 minit, lepas tu terus tos kan... kalau lama dia akan jadi lembik... Ayam pula rebus dengan sedikit garam, then carik-carikkan...
Bila siap semua dah boleh serve pun... 

Untuk hidangan, masukkan bawang goreng dan cili potong, boleh juga dimakan dengan sambal kicap cili.. Hubby suka sangat ni.. Boleh juga ditambah serbuk black pepper... Perghhh... terangkat habiss...

*
*
*
*

*
*

*
*
*
dan hasilnya.............



Mee Sup ala Beautiful gitewww... Haa...


 Anak-anak miza juga suka makan ni... bagus juga untuk kanak-kanak, sebab kadang-kadang diaorg ni tak suka makan nasi, so sekali sekala tukar menu, ok juga kan..... 

Okay, selamat mencuba ya...

~~~~~~~~~~~~~
Love,
www.mizahadi.com
mizahadi@gmail.com
013.938.8484


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...