Tuesday, January 8, 2013

Kerinduan yang tiada penghujung...

Last week miza dan suami ke Banting menziarahi keluarga bos tempat suami bekerja - En. Y, yang baru kehilangan isteri tercinta. Isteri beliau berumur awal 40-an dan meninggal dengan tiba-tiba tanpa sebarang penyakit. Mendengar jer berita tersebut, hati miza tersentuh... Ya Allah bagaimana perasaan suami dan anak-anak beliau. Melalui suami juga, miza dapat tahu mereka mempunyai 8 cahayamata yang berumur antara 16 tahun - 1 tahun lebih. 


Sampainya di sana, hati berdegup laju. Kami disapa mesra oleh En. Y. Senyuman dalam kesedihan dilemparkan sambil menjemput kami masuk ke dalam rumah... Masuk jer ke dalam, Ya Allah... hati miza bagaikan kaca berderai apabila melihat anak-anak beliau yang masih kecil. 3 yang paling kecil duduk di pangkuan si ayah, si kecil yang berumur setahun lebih di riba ayah, sorang lagi berpaut pada leher ayah dan seorang lagi bersandar pada si ayah. Jika sebelum ini, ibulah tempat mereka bermanja dan bermain. Tetapi apabila tiba-tiba ibu tiada, ayah lah yang menjadi tempat pengganti. Sementara 3 orang abang yang lain bermain sesama sendiri, 2 kakak yang paling atas di dapur sedang menyiapkan makan tengahari. Jika sebelum ini, si ibu yang sibuk di dapur pada waktu-waktu begini, tetapi apabila ibu yang dikasihi dan dicintai telah dijemput oleh Penciptanya, mereka lah yang perlu menggantikan ibu yang telah pergi tanpa sebarang petanda

Gambar hiasan

Gambar hiasan

Lebih menyayat hati, anak yang paling kecil masih menyusu badan. Mata miza berkaca dan hati bagai dihiris-hiris tiap kali En. Y menceritakan satu persatu perihal anak-anak dan cerita tentang arwah isteri beliau. Tiap kata yang dituturkan memuji kehebatan arwah sebagai seorang isteri dan ibu. Terserlah kerinduan beliau kepada isteri yang amat-amat dicintai. Jika semalam masih terasa kehangatan kasih sayang isteri tetapi pada hari itu, hari yang akan menjadi ingatan sampai bila-bila apabila wanita yang dicintai dan dikasihi tiba-tiba dibawa pergi jauh buat selama-lamanya.   Hilang sudah teman tempat berkongsi kegembiraan dan kelukaan, teman di kala sakit dan pening dan teman sehidup semati. 


Gambar hiasan

Ditambah pula dengan penggal persekolahan yang baru bermula lebih kurang seminggu lebih, bagaimana agaknya En. Y hendak menguruskan segala-galanya... 

Sebelum kami pulang, En. Y berkali-kali berpesan kepada kami supaya bersiap sedia dengan apa jua yang bakal berlaku pada hari esok. Lebih-lebih lagi bagi kaum perempuan. Memang betul apa yang dikatakan En. Y, kerana kebiasaannya kaum isteri banyak bergantung kepada kaum suami. 

 Ya Allah, Semoga beliau dan anak-anak dikurniakan ketabahan dan kekuatan dalam meneruskan kehidupan di bumi Mu yang sangat indah ini... Amin.

Di sini miza sebagai seorang isteri dan juga ibu yang mana banyak bergantung kepada suami mula terfikir ada betulnya kata-kata En Y yang mana kita sebenarnya perlu bersiap sedia jika berlaku sebarang kemungkinan yang tidak kita jangkakan. In Shaa Allah, dengan bisnes Premium Beautiful, disamping membantu suami meningkatkan ekonomi rumahtangga, miza juga bercita-cita untuk merealisasikan segala impian dan juga sebagai persiapan bagi diri miza sendiri. Marilah sama-sama kita renung dan fikirkan dimana kah kita, bersediakah kita dan apa persiapan kita untuk masa depan yang belum kita ketahui bagaimanakah nanti...

Love,
www.mizahadi.com
013.938.8484
mizahadi@gmail.com 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...