Wednesday, January 2, 2013

Cuti-Cuti Malaysia - Last Part (Happy Ending Story)

Assalamualaikum... Hai... Apa khabar semua? Hope u olls sihat sokmo ya... Selamat Tahun Baru 2013, semoga tahun 2013 ni memberi lebih makna pada kita semua...

Hurmmm...kali ni nak continue for the last part "Cuti-Cuti Malaysia 2012". Lama lak nak habiskan last part... Hehehe... Sebab coverage tak berapa bagus masa holiday aritu... Then, lepas balik KL tak berapa sihat lak... Tup-tup pending la jawab nya...

Ok, back to the story, hari ke-5, 21.12.2012 - awal pagi kami bersiap sedia untuk keluar dari Pulau Laangkawi. Target jam 8.30 pagi naik feri ke Jeti Kuala Perlis and Alhamdulillah... we manage to do that. Orang tak ramai sebab hari masih awal, so semuanya berjalan dengan lancar. Selepas selesai mengangkat barang-barang dan beg masuk ke kereta, kami meneruskan perjalanan ke Hotspring Sg. Klah, Sungkai, Perak. Kami bergerak bersama dalam 3 buah kereta - kereta bapa mertua dari Kelantan, adik ipar dari Putrajaya and our car - for sure :-). (Percutian @ Langkawi ni percutian bersama family in law)

Perjalanan mengambil masa lebih kurang 5 jam lebih - plus berhenti di R and R. Sepanjang perjalanan kami tidur jer maklumlah dah penat pusing Pulau Lagenda... hehehe , kecuali Mr Hubby yang begitu tertib dan tekun memandu memastikan keselamatan kami... Thanks sweetheart!!!

Sampai di Hotspring dalam jam 5petang... Kami stay kat Villa sebab yang ni plak trip for yearly "Family Day - I Love Che Som". This year merupakan 2nd year untuk family day belah suami Miza,  yang mana Che Som merupakan arwah nenek suami Miza, kami hanya dapat bersama beliau pada tahun pertama sahaja kerana Allah lebih menyayangi beliau. Arwah telah kembali ke rahmatullah pada bulan Julai lalu kerana sakit tua, walaupun beliau tiada lagi, tetapi kenangan bersama tetap segar di ingatan. Arwah merupakan seorang nenek yang disayangi oleh cucu kerana sifat kelembutan, penyayang dan the best part beliau suka memasak untuk santapan anak cucu walaupun keadaan beliau yang uzur. Bagi Miza sendiri, walaupun baru berkenalan tapi Miza rasa dah macam nenek sendiri. Kadangkala kerinduan kepada arwah tidak dapat dibentung... Teringatkan tutur kata nya yang penuh kelembutan dan senyuman yang sentiasa terukir di bibir... Al-Fatihah buat our beloved Tokma... Rindu Tokma sangat-sangat... :'(  Malam tu juga kami adakan acara bacaan Yaasin dan tahlil untuk arwah. Semoga arwah ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.

Ok kita continue lak, Villa tempat kami menginap tu cantik sangat, dengan private pool kat tengah-tengah tu, ada 3 bilik tidur, ada ruang kitchen dan juga living.. Kami dari 4 keluarga (mak mertua ada 4 beradik - semua perempuan) stay dalam 1 villa. Best sangat-sangat sebab berkumpul makcik pakcik, adik beradik dan sepupu sepapat semua.. Memang happening la... Kami masak sama-sama, makan sama-sama, malam lak berendam dalam pool yang airnya suam-suam kuku ala-ala jacuzzi...

The next morning, kami prepare breakfast dan makan ramai-ramai... Program seterusnya pula sukaneka... Tahun ni tema baju ialah merah.. dah macam Team RedWarrior  :-) Acara sukaneka disertai oleh semua dari yang kecil hingga yang dewasa... Seronok la... Macam-macam acara kami buat seperti lari berpasangan sambil ikat kaki, puzzle, lari berpasangan sambil bawa belon, bagi kanak acara berebut gula-gula dan etc...

Selesai jer acara sukaneka, kami ke kolam air panas dan ke open public pool. Orang ramai juga, maklumlah cuti sekolah... Masa dah  tengahari, panas sangat-sangat, burn muka dan tangan... Kolam air panas tu tak menarik sangat, pada Miza la sebab macam tak terurus sangat, kebersihan kurang... kami pusing-pusing jer tak masuk pun dalam tu. Lepas tu balik Villa.. Rehat...

Next acara is makan-makan mula dalam jam 6.30petang, Dinner malam tu special dengan menu kambing bakar, sup kambing, spagetti dan kebab. Yang special lagi, semua tu fully sponsored oleh 1 of our cousin. Abg Harris Zeka. Thanks Abang Harris... :) Caterer diimport khas dari TTDI... Food ok, sebab bau kambing takde, Miza memang tak suka kambing, nak-nak kalau yg ada bau tu..tak lepas nak telan hehehehe... Next acara kami proceed pada acara pembahagian hadiah untuk pemenang acara sukaneka dan the best acara is acara bertukar hadiah... Seronok habis laaa...

Lewat malam lak Miza berendam dalam pool dengan Mr Hubby. Masa tu dah jam 12tengahmalam. Best gak, air suam bawah cahaya bulan... Dah macam bercinta lak, anak-anak dah tidur apalagi we enjoy that nite...



Esok pagi nya, kami bersiap-siap berkemas untuk balik ke KL. It was a last day for our holiday trip for the year of 2012. After this, masing-masing dah sibuk dengan tugasan masing-masing... Apapun, miss that moment so much... In Shaa Allah, tahun depan kita jumpa lagi di the next destination... in "I Love Che Som"


~ Enjoy the pictures~




Aqish dan Nenek yang maintain vogue...

Adik demam lak... Sian little hero mama...



Suka-suka


With the kids before going to Island Hopping


A part of Family members


Ready semua... Aduiiiyaaa... Tankutnya saya...


Rasa macam nak tercabut jantung saya... Memang adventure sungguh la... Boleh tak kalau saya balik hotel naik basikal ke... huhuhu...


Ini dekat Tasik Dayang Bunting. Tasik ni dekat dengan laut, tapi air dia tawar...Allahu Akbar!!!


Aqish yang keletihan... Sakit ooo kaki panjat anak tangga ke Tasik Dayang Bunting.. Kesian anak mama...


Bergambar di Pulau Dayang Bunting sebelum ke next island


Cantik sungguh panorama permandangan


Swimming pool Aseania Hotel and Resort  ~ nice


Gimik gapo ni Amin and Ya???



Cabel Car - jom pusing-pusing



Serius ke? Taklah... 



Terserempak dengan kawan lama masa di UiTM dulu... Kak Jue, maintain cam dulu gak ya...


Best sesangat minum air kelapa time-time panas... Habis 2 gelas...



Aqish ~ comot sebab berpeluh-peluh...



Adik Q9 relaks jer... 



Napa dik? Pening kepala k???



Balik hotel ~ kacau Atuk lak... Tengok Upin Ipin la tuuu...


At last, dua-dua tido kepenatan... Sweet picture ~ kakak tido sambil peluk adik, sayang sangat adik dia..



Haa... Inilah hasilnya 4h 3m... Huhuhu...



Bergambar dulu sebelum cek in naik feri... Til we meet again... Langkawi 2012.


Jam 5 petang hari yang sama cek out dari Langkawi, tiba @ Villa tempat kami menginap - Hotsprings Sg. Klah, Sungkai, Perak.



Room


Another room, ada 3 bilik tidur.


Living room


Kitchen


Dining 


Pool ala-ala jacuzzi...




Seronok la tuuu...


Sepatah 2 kata dari Pengarah Projek sebelum bacaan Yaasin


Semua kusyuk... Alhamdulillah...


Pesanan dan amanat dari Penasihat dan Pengarah Projek yg di sampaikan dengan jelas dan teliti... Terima kasih papa dan mama kerana berjaya merealisasikan program kekeluargaan seperti ini dimana mengeratkan lagi silaturrahim antara kita semua. Juga merupakan sponsor terbesar  
Thank you - May Allah bless both of you...  



Breakfast.. Macam-macam ada...



Jom kita bersukaneka pula



Mama dan Antie Jan


We love che Som - forever...



Welcoming our new family member - Puan Syida (kiri). Inai masih merah lg tuu...


Our team - I Love Che Som 2012



The SisterS - from left Mama, C' Ngoh, Antie Jan and Antie Mala. Committe yang bekerja keras . Tanpa usaha mereka-mereka yang hebat ini tak mungkin program berjalan lancar. Terima kasih banyak-banyak. Tahun depan lagi best yaaa...



Ready semua...



Go kakak go... 


Aqish yang bersungguh-sungguh


Puzzle - pusing jangan tak pusing





Turn adik lak... kejap letak kejap keluarkan balik gula-gula... Adooiii...



Acara bawa belon bersama pasangan...



Main belon plak...


Ramai betul orang... 


Adik tertido kepenatan...



Mai makan kambing bakar



Simple tapi sedap



Sebelum makan kita dengar dulu ucapan dari Pengerusi Majlis merangkap Setiausaha. Kak Long Samhani yang sentiasa tersenyum manis..



Baca doa sebelum makan



Eh ada juga Cik Yan niii...Elok la dua-dua panas.. Cik Yan dan Cik Mbing



Majlis makan bermula



Bergambar bersama-sama untuk kenang-kenangan...



Acara pembahagian hadiah 



Adik Q9 pun dapat juga...



Acara tukar hadiah... Sweet sisters



Abe Long, Mama and Ila... 


~Thats all~

~Although the distances separate us, but love remains.... ~  


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...