Monday, December 3, 2012

I'm Officially Fulltime Housewife and Businesswoman!!!


Assalamualaikum... Pagi yang indah dan tenang...
Hari ini secara rasminya Miza bergelar "Fulltime Housewife dan Businesswoman". Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar dan teratur. Terima kasih pada Yang Satu kerana memberi Miza peluang dan nikmat yang tak terhingga juga berkat sokongan suami, anak-anak sebagai sumber inspirasi dan juga semangat serta doa dari  ibu dan bapa juga ibu/bapa mertua tercinta serta adik-beradik Miza juga pada kawan-kawan yang sentiasa mendoakan kejayaan Miza. Terima kasih. Kini, Miza lebih berkeyakinan untuk meneruskan impian dan cita-cita yang selama ini hanya impian sahaja. Namun, langkah telah bermula. Miza akan pastikan impian  menjadi realiti.
 Insya Allah....


Haa...Ini adalah jamuan perpisahan bersama rakan-rakan ofis. For sure Miza akan merindui mereka sangat-sangat... Memang best la u all semua... Huhuhu... sedey juga ni...

Ini pula farewell party masa last day kat ofis. Thank you semua... Semoga kawan-kawan semua sentiasa sukses dan beroleh kejayaan....


Alhamdulillah dengan bisnes ini, Miza punya banyak masa untuk anak-anak dan juga suami. Keperluan rumah lebih terjamin dan juga seronok bila kita sendiri yang menjaga dan membesarkan anak-anak. 


Yalah, kalau dulu ambik anak dah malam jam 7.30mlm or 8.00 mlm kadang lebih baru dapat jemput anak dari nurseri. Dah la awal pagi 6.30pg dah hantar, kesian anak-anak tengah tidur kena kejut untuk ke nurseri. Princess lak lately dah pandai membebel mama lambat la, mama malam baru ambil... Kesian, tapi sebab tuntutan kerja perkara-perkara macam tu tak boleh nak dielakkan. 


Alhamdulillah, start hari ini semua dah berubah. Jangan risau sayang, mama akan sentiasa bersama kakak dan adik. Sayang anak-anak mama.

Tapi walaupan mama tak pergi kerja tak beerti impian dan cita-cita mama terhenti di situ sahaja. Mama still boleh buat kerja dan jana pendapatan yang lebih lumayan. Senang sangat hati mama bila boleh jaga anak-anak dan dalam masa sama merealisasikan impian mama yang mana selama ini bertahun-tahun mama pendam sahaja. 


 Bersyukur sangat bila dipertemukan dengan mereka-mereka yang hebat. Dari situ, Miza diajar dari A-Z tentang bisnes, selok belok bisnes... Bukti memang ada di depan mata. Kejayaan mereka terbukti dan kewibawaan juga terserlah. Pada usia bawah 30-an mereka melakar kejayaan demi kejayaan.


 Begitu juga dengan Miza, Miza pun ingin berjaya seperti mereka-mereka yang LUAR BIASA ini. Membantu keluarga dan membantu menaikkan taraf hidup kami sekeluarga.


Dan, yang paling penting Miza ingin membantu dan mengembirakan hati dua insan yang begitu banyak berjasa pada Miza. Tak mampu Miza balas segala pengorbanan dan kasih sayang mereka selama ini...  Terima kasih Ma dan Abah. Miza juga ingin meluangkan lebih masa dengan mak dan abah, yalah kalau balik kampung biasa balik sekejap-sekejap jer. Itu pun 3/4 bulan sekali. Rindu mak abah kat kampung.

So, for those yang nak follow jejak Miza, do contact me. Cepat, rebut peluang yang ada untuk perancangan masa depan yang lebih baik dan cemerlang.

Love,
www.mizahadi.com
mizahadi@gmail.com
013.938.8484

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...