Friday, December 21, 2012

Cuti-Cuti Malaysia - Part 3 (Langkawi, here we come)

Hai... Morning.. Hari ni masuk hari ke-4 percutian kami. Tak sempat nk update blog...jadual pack... Hehehe...

Ok, sambungan cerita cuti-cuti Malaysia. Hari Selasa pagi dr Taiping kami terus menuju ke Pulau Lagenda, Pulau Langkawi. Sampai di Jeti Kuala perlis jam 12tenghari, terus naik feri ke Pulau Langkawi. Orang ramai juga tapi takde la crowded... bukan hari minggu kot... Nak di jadikan cerita feri yang kami naik tu aircond rosak, penumpang ramai... Bayangkan tengahri pulak tu... Mak aiii panas sangat... Suara bayi menangis, nasib baik my little boy ok, cuma dah dekat2 nak sampai tu la dia menangis sbb tak selesa tambah demam kan... Kesian little boy mama....

Sampai terus cek in @Aseania Hotel and Spa Resort di Pulau Chenang. Percutian ni percutian bersama keluarga mertua... Semua ada la, mak ayah mertua, adik and akak ipar serta aunty. Sampai hotel kami rehat jer. Malam tu baru keluar ke area Pantai Chenang. Tak jauh pun dari hotel kami.. Suasana memang happening la... Dgn deretan kedai dan orang ramai. Pelancong asing pun ramai... Dah macam bintang walk... Seronok....we choose one of Thai cuisine restaurant - after makan kami balik hotel dan zzzzz.... Penat....

The next day, kami naik bot round island. Kami ke Pulau Dayang Bunting, Pulau Singa (Eagle Feeding) dan Pulau Beras Basah. Ini first time Miza naik speed boat, Miza ni jenis penakut... Dan, memang takut la.. Just imagine kita dikelilingi air, bot lak terlompat-lompat atas ombak... Ya Allah tak boleh bayang la masa tu... Kalau boleh nak jer cakap pusing balik. Saya tak nak naik.... And the most scary is bila pemandu bot tu buat action sengetkan bot kiri kanan... Menjerit2 kami dalam tu... Masa tu rasa nak tercabut jantung Miza. Naik bot dah macam naik roller coaster, cuma tak berpusing 360.
Apapun, itu semua pengalaman kan...

After that pergi pusing Pekan Kuah and balik hotel. Petang bawak anak-anak mandi swimming pool... Yang kelakar nya, lepas masuk bilik air lak takde.. Adoiii... Ambik wudhuk pun guna air mineral... After Maghrib keluar ke Pekan Kuah. Pergi Idaman Suri, tp tak beli apa-apa. Pusing- pusing dulu, sebab masa tu kedai dah nak tutup. Lepas tu pegi makan and balik hotel zzzzzz.....

Itu je la utk entry episod ini... Nanti Miza sambung lagi ya.... Bubbye...

Love,
www.mizahadi.com
mizahadi@gmail.com
013038.8484





































No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...