Thursday, December 13, 2012

Cekodok VS Penyodok

Minggu ni masuk minggu ke-2 Miza pegang status surirumah sepenuh masa. Alhamdulillah...semuanya berjalan dengan baik dan lancar. Rasa puas sangat kerana segala urusan rumahtangga dan anak-anak dapat diuruskan sendiri. Seronok bila bangun pagi tengok anak-anak masih lena tidur dan perasaan teruja pula tunggu anak-anak bangun dari tidur. Tambah lagi bila si kecil sekarang ni makin aktif dan dah tak demam cam dulu-dulu lagi....

Hari ni aktiviti rutin berbisnes - online. Then bila si kecil tidur melayan kakak lak, main puzzle... Seronok bila anak dah besar ni, banyak cakap. Gelak sama-sama dan bercerita sama-sama. Macam-macam cerita ada.... :)

Petang lak prepare minum petang untuk En Hubby balik dari kerja. Hari ni buat cekodok ikan bilis. Sold out! kakak dan adik pun suka sangat. Tapi yang kelakar nya, kakak siap cakap "kakak suka makan penyodok". Aduiyaaa.... anakku.... penyodok la pulak... Cekodok la kakak....

Malam lak anak-anak dengan aktiviti mengacau mama dan papa. Mama biasa la dgn bff (my lappy) Papa lak kusyuk dok layan bola Harimau VS Gajah... Sekarang Gajah mendahului 2 - 0... Kita tengok la nanti ya dapat ke Harimau mengejar Gajah...

Okla, itu je untuk malam ni... Miza nak buat preparation sikit untuk appoinment for bisnes sharing esok. Semoga hari esok membawa sejuta ehh... berjuta-juta kebahagiaan dan kebaikan untuk kita semua.... In Shaa Allah...




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...