Sunday, November 4, 2012

Cerita dari Tropicana Medical Centre

Assalamualaikum...
Lama juga tak update blog ni...Since si kecik admitted tempohari lepas tu bila dia discharge miza lak demam pastu sambung cuti raya Aidiladha... Hai macam-macam hal...Rindu gak nak menulis tapi sebab masa dan keadaan yang tak mengizinkan... Insya Allah, lepas ni dan seerusnya kita sambung dengan berblog pula....:-)

Entry ni nak story pasal si kecil - Q yang admitted @ Tropicana Medical Centre (2 minggu sebelum raya haji) kerana demam yang tinggi + tonsilitis + infection Virus Herpes Simplex (dlm kata lain ulser dalam mulut dan juga luar mulut)


Ini foto masa hari kedua admit, ulser makin memenuhi ruang mulut dan lidah. Dia memang tak nak makan dan menyusu langsung, tidur pun tak selesa. Sekejap-sekejap menangis.. Masa tu Allah je yang tahu perasaan Miza... Kalau boleh tukar, nak je Miza yang tanggung semuanya...


Demam hari kedua dan ketiga masih lagi tinggi, susu langsung tak nak, kalau dia dahaga sangat, dia just minum air biasa...

Tangan berbalut sebab Doc bagi drip, takut dia tarik-tarik jarum... Mula tu memang dia mcm tak selesa, dah masuk hari kedua dia cam dah faham...


Habis 4 botol juga la drip untuk tempoh 4 malam di hospital.



 Yang ni katil mama & kakak. Kakak pun ikut sekali sebab susah nak tinggal kan dekat rumah, hubby pun kerja. Tapi ok la, temankan mama....


Aktiviti kakak dekat hospital... 


Walaupun sakit, tapi ada masa aktif juga... 


Koleksi kakak.


Koleksi adik.


Anak mama yang kuat... 


Adik pun tak nak kalah dengan kakak....


Buat apa tu sayang?


Haaaa.... aktiviti mama kat hospital.. petang2 sambil bawa anak jalan-jalan sempat la mama mencuci mata dan shopping (sempat lagi tu). Ada satu kedai kat sana yang menjual barangan dan pakaian baby... Meriah sgt kedai tu.. Miza memang suka ke sana kalau sambil-sambil ke Tropicana Medical Centre. (tak sempat nak snap gambar kedai tu)


 Ini pula workstation Miza, tapi tak sempat nak buat apa-apa pun, si kecil tidur sekejap-sekejap jer...


 Haaa... Dalam pada itu sempat gak celebrate birthday adik Miza yang no-2. Happy birthday dear.. Love you so much.... Adik Tina (A Mommy to be)


Dari kiri: Yaya, my sister Tina & Ayu and my sister in law, Ya. Thanks Ya & Yaya for your treats... (Miss Missy juga dua-dua ni)


Hari ke-4, Doc kata boleh balik... Alhamdulillah... Masa ni nurse tengah tanggalkan jarum sebab nak discharge... Thank you untuk semua nurse-nurse yang memang baik hati dan friendly...
 Juga Doc Ling... Thanks semua....



Kena sabotaj dengan mama... meraung-raung marah...


Mr. Papa yang bizi... Tak sempat temankan kami masa day time kat hospital...


Ini view dari bilik kami.. Mengadap Segi Kolej dan jalan raya... Itu lah serba sedikit cerita dari Tropicana Medical Centre. Terima kasih papa kerana menyediakan kami keperluan yang cukup selesa dan sempurna... 
Love you so much...

Kesimpulannya, kita tidak pernah menjangka apa yang akan berlaku pada hari esok... Persiapan dari segala sudut perlu diberi perhatian sewajarnya. Insya Allah saya yakin dengan bisnes yang saya ada ini... Saya akan pegang dan buat betul-betul seperti apa yang diamanahkan oleh leader. Jika mereka boleh berjaya, mengapa tidak saya... Tiada alasan untuk TIDAK!!!!

Sekian.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Salam sayang,
www.mizahadi.com
013.938.8484

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...