Sunday, November 11, 2012

10.11.12 - Green Leaders Group

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kepada Allah SWT di atas segala kurniaan dan rahmat dariNya. Terima kasih kepada syarikat yang menyediakan platform untuk Miza mengubah kehidupan Miza dan keluarga. Juga, kepada Pengasas Green Leaders Academy Malaysia (GLAM) CDM Hanis Haizi (CDM Celebriti) juga pasangan CDM Razali Zain. Tak lupa juga CDM Naa Kamaruddin yang banyak memberi perangsang dan kata-kata semangat untuk terus berusaha mencapai matlamat, dan terima kasih juga kepada DDM Cida (CDM to be) yang membawa dan membuka mata Miza  untuk bersama dalam bisnes ini. Terima kasih semua... :-) 



10.11.12 (cantik tarikh ni, semoga memberi lebih kebaikan untuk kita semua). 
Satu seminar SM/SSM telah diadakan dengan jayanya di Holiday Inn, Glenmarie semalam. Seronok dapat berjumpa dengan rakan-rakan baru yang lain di bawah GLAM sendiri, jumlah penyertaan 300 orang. Hebat bukan... 


Haaa... Ini lah CDM idaman dan idola Miza dan rakan-rakan yang lain. Aura dan semangat beliau memang luar biasa. Umur baru 28 tahun dengan pendapatan 6 angka, yang dulunya seorang surirumah biasa, tapi selepas 4 tahun beliau berjaya membina empayar Green Leaders Group. Tahniah CDM Hanis Haizi...


Ini pula O Group kami, under CDM Naa Kamaruddin. Naa ni pun tak kurang hebatnya, umur 28 tahun dengan income 5 angka. Tak lokek dalam menyampaikan ilmu...


Bersama CDM Naa Kamaruddin


DDM Cik Cida (tak lama dah nak jadi CDM lak, tahniah...)


Rakan kongsi baru. SM Fatimah. Tahniah kerana berjaya berada di dalam kumpulan yang HEBAT!


Go Go Tim...


Kawan baru - Syira Ibrahim


 Yang ni group dari Kelantan. You guys memang best la... Sanggup datang dari jauh, boleh kata setiap minggu juga la... Semua ni lecturer tapi still ambik peluang untuk join this bines... Kenapa? Sebab peluang! Apa yang kita dapat dalam bisnes ini, lebih dari apa yang kita dapat dari gaji hakiki... 


Ini BEEMER Cik Cida kita... Best sangat, umur baru 28 tahun dah boleh pakai kereta idaman dengan hasil usaha sendiri. Cayalah ....


Last, from me...
Miza bersyukur sangat kerana di beri peluang untuk merubah diri Miza dan kehidupan Miza. Insya Allah... Apa yang saya lakukan ini, pertama sekali adalah untuk kedua orang tua Miza. Miza selalu berdoa agar saya diberi peluang untuk membalas jasa mereka berdua juga membahagiakan mereka. Jika sebelum ini, rasa kesal dan sedih sebab tiada apa-apa yang dapat Miza lakukan untuk mengembirakan mereka. Ma Abah, doakan saya, doakan saya dan terus doakan saya.... 

Next is for my kids...Miza nak pastikan anak-anak Miza selesa dan mendapat pendidikan secukupnya. Ya Allah berilah aku kekuatan untuk terus berusaha  mencapai cita-citaku dan membahagiakan mereka yang aku sayang dan cintai.... Amin.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...