Sunday, October 7, 2012

Awesome Family Day in Ulu Yam

Semalam ke Hutan Lipur Ulu Yam untuk acara 'Family Day' anjuran ofis. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar, dengan cuaca yang baik dan kerjasama dari semua. Seronok sebab kami dapat berkenalan dengan lebih rapat lagi dengan ahli keluarga masing-masing. Gelagat anak-anak dan juga aksi sporting dari semua memeriahkan majlis. Bos pun sempat turung padan sekejap bersama menghavockan acara. 

Keadaan kat sini ok, bersih dengan persekitaran yang terjaga dan air yang jernih serta sejuk. Biasa sibuk dengan tugas harian, sekali sekala dapat merehatkan badan dan minda sambil beriadah memang berbaloi ke sini. 

 Air sejuk sangat....

Sejuk mata memandang...Cantik sungguh ciptaan Mu ini...Alhamdulillah

Antara juadah yang sama-sama di bawa. Yummy..yummy..Ada ayam BBQ, bihun goreng, nasi lemak, kuih muih, sandwich, keropok ikan, buah-buahan, jeli dan jagung bakar...

 Orang kuat acara. En. Syed Talib (baju hitam kuning) dan juga En. Azri (tiada dalam gambar). Terima kasih... Lain kali kita gather lagi ramai-ramai.... Best!!!
Bersunggoh-sungguh menghidupkan api untuk bakar ayam dan otak-otak.

Pose dengan little son.. Takut air, tak nak masuk dalam air pun...

 Haa... kaki sapa la ni... 

 Mula tu tak nak mandi, tapi uiiii tengok member dok berendam, join sekali la... sejukkkk.....

 Acara sukan air yang tak dirancang... Best sebab semuanya sporting.. Pecah perut gelak... 

Mr. Hubby 

 Officemate, Fatimah dan Anis.

 Haaa yang ni memang best.. Jeli kelapa dan jeli milo. Ini Kak Anis yang buat (wife En. Syed Talib)...Jeli kelapa tu memang best.. secukup rasa... Biasa kalau kita beli jeli kelapa tu keras dan tak rasa pun air kelapa.. Yang ni original (dibuka untuk tempahan, cehhh tolong promote)

 Little princess dengan kawan-kawan baru, Aqil dan Damia...

Ofismate yang cukup sporting.... Love u all...

 Q dan Ariq (anak Ayu) sama baya ni... 
Kesimpulan untuk keseluruhan acara - sangat happening, dengan semangat kerjasama dari semua, sama-sama melancarkan acara... Lagipun tempat ni tak jauh dari bandar Kuala Lumpur. Dalam 30-45 minit...So sapa yang nak release tensen, beriadah dengan keluarga boleh la ke sini. Insya Allah lepas ni kita gather lagi ramai-ramai.... 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...