Tuesday, September 25, 2012

Family Gathering Pertama dan Terakhir bersama 'Dia"


 First of all, Al-Fatihah untuk arwah Tokma yang telah kembali ke rahmatullah, semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang yang beriman. Dah 3 bulan lebih dia pergi meninggalkan kami semua... Tokma pergi tiba-tiba, semua terkejut. Jatuh sebab serangan jantung. Pagi tu macam biasa kami lalui kehidupan seperti biasa, hantar anak ke nursery, pergi kerja... Dalam pukul 11pg camtu dapat call dari suami ajak balik kampung. Memang kami plan nak balik kampung the next day tu sebab lagi 2 hari adik Miza nak kahwin... Pelik juga kenapa nak balik tiba-tiba, lagipun masa tu suami sibuk sangat dengan urusan pejabat dan, untuk kenduri kahwin pun kami kena balik lambat juga, tak dapat nk balik awal-awal...Dari jauh kedengaran suara dia sugul dan tiba-tiba menangis... Miza agak terkejut... Kenapa?? Stress sangat ke dia dengan kerja?? Jom kita balik, tokma dah tak ada... Mulatu tak faham, sebab tokma memang uzur dan ada kencing manis tapi semangat dia kuat... Dia boleh buat kerja rumah, masak untuk anak cucu nak-nak kalau dia tahu anak cucu nak balik... Memang terduduk sekejap, terkejut... tak boleh Miza bayangkan dan katakan perasaan masa tu... Tokma ni nenek kepada suami, dari kecil lagi membesar dengan tokma... Memang dia terasa sangat-sangat... Bagi Miza pula, walaupun baru mengenali arwah selepas kahwin dengan suami, tapi Miza dapat rasa hubungan kami macam dah lama, rapat sangat... Macam nenek Miza sendiri.. Tambah-tambah Miza pun dah tak ada nenek dah... Arwah baik sangat dan penyayang.. Suka bercerita, Dulu arwah kena kanser, tapi sebab semangat yang kuat, Alhamdulillah arwah bertahan dan sembuh...Yang buat kami terkilan, kami memang dah nak balik kampung keesokannya, and dia pun tahu anak cucu nak balik, dah dok sebut-sebut dah... Tapi akan kan daya, ALLAH lebih sayangkan beliau... Al-Fatihah to Tokma... You'll always in our heart...


Ini acara family gathering (adik-beradik, sepupu sepapat) pertama dan terakhir bersama arwah... Kami buat family gathering di A Famosa Resort di Melaka. Tahun lepas... Family Family Gathering Anak Cucu Che Som 2011 - Che Som nama manja arwah...



Antara koleksi foto semasa family gathering... Sesi bertukar hadiah... Abang Haris Zeka (rambut panjang) dan Iqbal.


Keluarga kecil kami... Balqis masa ni umur 4 tahun dan adik 8 bulan...

Si kecil mata bulat...

Kakak yang memang suka berendam...

Papa dan kakak... Love them so much... Apa yang Miza nak katakan di sini, hargailah setiap detik masa yang kita ada bersama orang yang kita sayangi... Tidak tahu apa akan terjadi untuk esok hari...
Ya ALLAH Ya Tuhanku.... Kau lindungi aku dan keluargaku, serta seluruh umat Islam di dunia ini... Berkati lah kami dan berilah kami petunjuk ke jalan-Mu... Amin....


Love,
MizaHadi
013.938.8484

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...